Raja Lumu Di Selangor

Apabila kita mula pada 1700 kita dapati bahawa Selangor pada waktu ini adalah masih berada dibawah Kerajaan Johor-Riau.Ini adalah dapat dibuktikan melalui penyataan yang mengatakan bahawa pada waktu ini yamtuan Selangor yang tidak dapat diketahui namanya adalah mendapat kuasa melalui pemberian Cop Mohor oleh To' Engku Kelang yang dikatakan mempunyi kaitan pertalian persaudaraan dengan Sultan Abdul Jalil 1V (Sultan Johor-Riau ).To; Engku Kelang juga adalah mendapat kuasa daripada baginda dimana To' Engku Kelang adalah wakil Pemerintah Kerajaan Johor-Riau di Kelang.

Menjelang awal kurun ke-18 ini juga kita perhatikan bahawa kuasa bugis telah bertapak kukuh di Selangor.Pernyataan ini adalah dapat dibuktikan melalui peranan selangor sebagai markas Bugis dalam meluaskan pengaruhnya di beberapa negeri sekitar Selangor.Pertama kita lihat peranan Selangor dalam konflik dalam Kerajaan Johor-Riau.Sewaktu Bugis menentang Raja Kecil yang merampas kuasa daripada Sultan Abdul Jalil 1V.Dalam menghadapi Raja Kecil Orang-orang Bugis telah menjadikan Selangor sebagai markas bantuan dari segi tentera dan markas serangan.Ini dapar kita lihat dimana sewaktu Orang-orang Bugis menyerang Riau mereka terlebih dahulu mengumpulkan tentera di Langat dan Selangor.Dalam petempuran tersebut Pihak Bugis telah mencapai kemenangan lalu berjaya menawan Kerajaan Johor-Riau. Hasil daropada kemenangan ini kita dapati bahawa Raja Sulaiman telah dijadikan Yang Dipertuan Besar manakala Daing Merewah telah dijadikan Yamtuan Muda .Selepas itu hasil kunjungan Daing Parani ke Selangor akhirnya ia d ikahwinkan dengan anak Yamtuan Selangor yang bernama Tengku Puan Berima.Yamtuan Selangor adalah Arong Pasarai yang berbangsa Bugis .

Selangor juga adalah telah menjadi pusat campurtangan Bugis keatas negeri-negeri sekitarnya seperti Kedah dan Perak. Ini dapat kita perhatikan bila pada 1732 berlaku perang saudara di Kedah pihak Bugis telah terlibat secara langsung .Pihak Bugis telah membantu Sultan Kedah dalah memerangi adiknya yang dibanyu oleh Raja Kecil.Sewaktu peperangan ini pihak bugis telah menjadikan selangor sebagai pengkalan serangan dan tempat mengumpul tentera.Dalam peperangan di Kedah ini kita dapati Sultan Kedah dan Pihak Bugis telah mencapai kemenangan.Walaupun begitu Daing Parani telah terbunuh dalam peperangan ini. Pada 1728 pula Daing Merewah telah membantu adik Sultan Perak (Raja Inu ) memerangi abangnya (Sultan Alaudin Mughayat Syah ).Sekali lagi selangor menjadi pengkalan serangan dan bantuan logistik kepada pihak Bugis. Dalam peperangan ini pihak Bugis telah mendapat kejayaan. Menjelang 1730-an pula kita dapati telah berlaku kekacauan di Selangor.Kekacauan adalah disebabkan oleh seorabg Bugis yang bernama Mat ekko.Matekko ini adalah baik dengan Raja Kecil Siak lalu membuat kekacauan di Selangor. Yamtuan Muda Johor-Riau ketika ini aiatu Daing Celak telah membawa angkatan Johor menyerang dan mengalahkan Matekko di Selangor.Selepas itu Daing Celak telah enyerang perak pada 1742 .Waktu ini perak adalah di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah 111.Setelah Bugis mencapai kemenangan maka mereka telah melantik Sultan Muhamad Syah menjadi raja Perak.

Walaupun Daing Kemboja telah di lantik menjadi Yamtuan Muda Johor-Riau (1753-1755) namun perasaan cemburu antara pembesar Melayu dan Bugis masih tebal lagi.Ini dapat kita perhatikan bila timbulnya perselisihan antara Sultan Sulaiman dengan Daing Kemboja dalam hal mengenai bantuan Sultan Sulaiman terhadap anak saudaranya iaitu Raja Buang (putera Raja Kecil dengan tengku Kamariah ) dalam perebutan takhta Kerajaan Siak dengan Raja Alam. Dalam konflik di Siak ini juga kita dapati bahawa pihak Belanda telah terlibat secara langsung dalam memberi bantuan yerhadap Raja Buang.Akhirnya Raja Buang telah memenangi peperangan ini. Pada Febuari 1756 Sultan Sulaiman telah melawat Melaka sebagai tanda terima kasih baginda terhadap bantuan Belanda terhadap Raja Buang .Dalam lawatan beginda ini juga ,baginda telah mendatangani perjanjian dengan pihak Belanda mengenai monopoli pemborongan Bijih Timah di Selangor,Kelang dan Linggi.Perjanjian ini telah mengugat kedudukan Bugis di kawasan ini.

Akhirnya Pihak Bugis cuba menguatkan cengkamannya di Selangor khususnya langkah yang diambil ooleh Raja Lumu.Raja Lumu telah mengambil langkah meminta Nobat daripada Sultan Perak. Ini adalah kerana ia tidak mahu terus berada di bawah Kerajaan Johor-Riau dan sebab-sebab ekonomi khususnya perdagangan Bijih Timah yang cuba di monopoli oleh Belanda.Jika raja Lumu menjadi Sultan Selangor maka segala urusan yang berkaitan dengan perdagangan perlu melalui baginda khususnya perjanjian-perjanjian yang dibuat..Raja Lumu telah di Nobatkan di Perak lalu di beri gelaran Sultan Sallehudin.Apabila raja lumu pulang ke Selangor sekali lagi beliau di Nobatkan Oleh para pemebesar melayu.Akhirnya baginda mangkat pada 1778.

Hak cipta © : Abdul Minin