Make your own free website on Tripod.com
AEEA2302
Masyarakat Dan kebudayaan Melayu Abad Ke 15-17
 
Pensyarah
Prof. Dato' Dr. Mohd. Yusoff Hashim
Puan Salina Haji Zainol



Soalan-Soalan Tutorial Sesi 1996/1997
 
 
1.Bahaskan pengertian bagi istilah berikut,
-Melayu
-kebudayaan
-Rantau-budaya

2.sejauhmanakah faktor-faktor berikut mempengaruhi perkembangan sejarah sesebuah masyarakat,

-perbagai unsur ilmu-alam /geografi
-pengeluaran bahan-bahan mentah tempatan
-pendedahan kepada unsur luar/asing

dalam konteks alam melayu.

3.Bincangkan penganutan kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu abad ke-15 hingga 17.

4.Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan, “unsur-unsur asli/ peribumi dengan pengaruh asing/luar” dalam sejarah perkembangan masyarakat dan kebudayaan Melayu sebelum abad ke-18.

5.Pengislaman masyarakat tempatan alam Melayu  telah merubah sepenuh-penuhnya sistem kepercayaan dan nilai hidup penganutnya. Setujukah anda dengan kenyataan ini berdasarkan perspektif sejarah?

6.Jelaskan perkara-perkara berikut dalam masyarakat Melayu di rantau ini
-Adat temenggung
-Adat Perpatih
-Hukum Syarak dan hukum Adat.

7.Bincangkan DAULAT dalam tradisi kesultanan dan budaya –politik Melayu.

8.Apakah maksud pelautan ( maritime ) dan entrepot? Dapatkah dikatakan Melaka abad ke-15 dan Johor abad ke-16 sebuah kuasa pelautan dan entrepot?
Rujukan khusus kepada buku.

-O.W.Wolters, The Fall Of Srivijaya In Malay History, 1970
-L. Y. Andaya, The Kingdom Of Johor, 1975
-Muhammmad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, 1989.

9.Banding dan bezakan sistem pemerintahan kerajaan Acheh dengan kerajaan Brunei abad ke-17.

10.Analisiskan kaedah pemerintahan kerajaan Minangkabau di peringkat-peringkat,
-induk
-ekor
-rantau
sepanjang abad ke-15 hingga 17.

11.Bincangkan perkara-perkara berikut dalam sejarah masyarakat Melayu sebelum 1700,
-hubungan antarabangsa dalam politik dan ekonomi.
-proses dan akibat Perang Tiga Penjuru di sekitar Selat Melaka.

 
 
 
 
 


BALIK