Make your own free website on Tripod.com

AEEA1102

Sejarah Asia Tenggara Abad Pertama-Abad 15

 

Pensyarah

Prof. Dr. Lee Kam Heng

Prof. Madya Dr. Leong Sau Heng

Prof. Madya Dr. Aruna

 



Soalan-Soalan Tutorial Sesi 1996/1997
 
  Apa yang dimaksudkan " zaman Protosejarah"?bincangkan dengan contoh-contoh dari asia Tenggara.

Bincangkan jenis-jenis kebudayaan megalit yang terdapat di Asia Tenggara pada zaman prasejarah. Sejauhmanakah tradisi megalit masih dapat dikesan di kalangan setengah masyarakat Asia Tenggara?

Bincangkan kebudayaan Dongson yang dijumpai di kawasan Bac Bo, Vietnam Utara. Sejauhmanakah masyarakat Dongson di Vietnam Utara boleh dihuraikan sebagai masyarakat "complex".

Bincangkan sumbangan sumber-sumber bertulis (textual sources) China dan Barat ( Graeco-Roman) kepada pengetahuan kita tentang sejarah awal asia Tenggara.

Apakah konsep dewaraja? Huraikan ciri-ciri utama serta kepentingannya berdasarkan peranan raja dalam empayar khmer.

Bincangkan kegiatan ekonomi masyarakat Asia Tenggara. Fokuskan perbincangan anda kepada politik Khmer dan Pagan.

Apakah faktor-faktor yang menjadikan Sukotai untuk dikenali sebagai satu "buaian Tamadun Siam"? tekankan juga langkah-langkah yang dimainkan oleh raja-raja Siam pada abad ke-13.

Galurkan faktor-faktor yang membawakan kejatuhan Sukotai dan kemunculan ayutia sebagai pusat kekuasaan yang baru.

Dengan merujuk kepada bukti-bukti sejarah yang diketahui setakat ini mengenai Srivijaya, bincangkan bagaimanakah kerajaan Melayu tua ini diperintah /ditadbir.

Siapakah Hayam Muruk? Mengapakah tokoh ini penting dalam sejarah Majapahit pada pertengahan abad ke-14?

Gunakan buku Sejarah Melayu untuk membina suatu gambaran bagaimanakah Kesultanan Melaka diperintah sehingga mencapai zaman keemasannya pada pertengahan abad ke-15.