Make your own free website on Tripod.com

AEEA1101

Sejarah Malaysia

 

Pensyarah

Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusuff Hashim

Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali

Prof. Madya Dr. Adnan Haji Nawang

Prof. Madya Dr. Muhammad Abu Bakar

 



Soalan-Soalan Peperiksaan
 
jawab empat soalan. Bahagian A dan satu soalan dari bahagian B, C dan D.

BAHAGIAN A

1. Bincangkan perkara berikut:
(a) Daulat
(b) Kesedaran kebangsaan
(c) Kemerdekaan

BAHAGIAN B

2. Huraikan faktor-faktor yang menyumbangkan kepada keagungan kerajaan Melaka pada abad ke -15.

3. Bincangkan perubahan-perubahan berlaku di semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-18.

4. Huraikan perjuangan pribumi menentang kuasa barat di Malaysia pada abad ke -19.

BAHAGIAN C

5. Bincangkan dasar pentadbiran kolonial British di Tanah Melayu pada tahun 1900-1941.

6. Nilaikan dasar ekonomi kolonial British di Tanah Melayu pada tahun 1900-1941.

7. Bincangkan perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu pada tahun 1900-1941.

BAHAGIAN D

8. Perihalkan pengalaman Tanah Melayu pada zaman pendudukan Jepun, 1942-1945.

9. Sejauhmanakah pengalaman politik selepas Perang Dunia Kedua mempengaruhi perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu?

10. Bincangkan bentuk dasar luar Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963.