Make your own free website on Tripod.com
 
Encik Sivachandralingam Sundara Raja



Muqaddimah
  Sivachandralingam Sundara Raja di lahirkan di Kuala Lumpur pada 9.3.1964 dan berasal dari Raub, Pahang Darul Makmur. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Mahmud, Raub (1971-76) dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Mahmud Raub (1977-83). Beliau pernah berkhidmat sebagai guru sementara di sekolah yang sama antara Januari 1984-Julai 1985. Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada Julai 1985 dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan Kepujian Kelas Pertama pada tahun 1988. Antara tahun 1989-1992, beliau menjadi Tutor di Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan pada tahun 1993 memperolehi ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dalam bidang Sejarah Ekonomi Malaysia. Beliau seterusnya bertugas sebagai Pengajar Sementara di Fakulti Sastera & Sains Sosial antara tahun 1993-1994. Pada tahun 1994, beliau dilantik semula sebagai Tutor di Jabatan Sejarah. Beliau dilantik sebagai Pensyarah dalam Bidang Sejarah Ekonomi di Jabatan Sejarah pada Julai 1995. Kini beliau menjalankan kajian Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Imperial British. Bidang kajian yang menjadi minat beliau ialah Tamadun Eropah dan tamadun-tamadun lain, Sejarah Ekonomi dan Perdagangan dan Sejarah Intelektual Barat.
 
 

Hasil Penulisan

Sejarah perdagangan dan pelaburan bebas. Shah Alam: Fajar Bakti.1997

Tamadun Dunia, Fajar Bakti, Shah Alam, 1998

Tamadun Eropah, Fajar Bakti, Shah Alam, 1996



Hasil Penulisan

Siva Chandralinggam Sundara Raja, Cara-Cara menghasilkan Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999