Make your own free website on Tripod.com

Siva Chandralingam Sundara Raja
Nama Buku : Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Bebas: Sejarah dan Perkembangannya
Penulis : Sivachandralingam Sundara Raja
Penerbit : Fajar Bakti Sdn. Bhd. (1997)
Halaman : XXX Halaman
Harga : RMXX.XX (Harga Pasaran)
Sinopsis:

Buku Perdagangan dan Pelabuhan Bebas: Sejarah dan Perkembangannya menjejak evolusi dasar perdagangan bebas di England pada penghujung abad ke-18 M yang mendesak kepada perlaksanaan dasar perdagangan dan pelabuhan bebas di luar benua Eropah untuk mengintegrasikan ekonomi England ke dalam ekonomi dunia. Pengintergrasian di Kepulauan Melayu telah dapat disempurnakan dengan wujudnya budaya perdagangan dan pelabuhan bebas yang telah diamalkan oleh masyarakat Kepulau Melayu sejak Zaman pramoden lagi. Ini ditambah pula dengan peranan yang dimainkan oleh pedagang negeri, kewujudan pelabuhan bebas Manila dan sikap pembesar-pembesar tempatan yang sentiasa mencabuli dasar perdagangan restruksi Belanda dan lebih senang berdagang dengan England. Bahang perubahan politik yang dialami oleh England juga turut mempercepatkan perluasan ide perdagangan dan pelabuhan bebas di Kepulaun Melayu. Fenomena Eropah ini termasuklah revolusi industri, tekanan oleh pedagang Manchester, dasar Kebenuaan Napolean, peranan ahli-ahli ekonomi, kesan zaman meleset dan tekanan golongan radikal.

Buku ini juga mengenengahkan ide perdagangan bebas di England dan keadaan di Kepulauan Melayu saling melengkapi perkembangan dasar perdagangan dan pelabuhan bebas di Negeri-negeri Selat. Ia juga menjelaskan bagaimana dasar imper ialisme perdagangan bebas England telah memudahkannya menjalinkan hubungan dagang yang menguntungkan dengan dunia luar dan sekali gus mengelakkannya daripada tanggungjawab politik dan dasar gunboat policy di tanah jajahan

Buku ini ditujukan kepada pelajar, penyelidik dan pengajar dalam bidang sejarah, sains politik dan ekonomi di institusi pengajian tinggi, juga di sekolah menengah atas.