Make your own free website on Tripod.com
Imigran Di Amerika Syarikat

Pengenalan

Menurut kamus dewan (edisi ketiga ) yang diterbitkan pada 1994 oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ,mendefinisikan 'imigran' adalah orang yang masuk kenegeri asing untuk menetap. Motif pula didefinisikan sebagai sebab (tujuan) yang mendorong seseorang melakukan sesuatu untuk bertindak.ada buku yang mengangarkan bahawa tahun 1848 adalah permulaan penghijrahan orang-orang Cina ke Amerika Syarikat.Manakala penghijrahan Orang-orang Cina keTanah Melayu adalah sejak zaman awal lagi Iaitu khususnya sewaktu berkembangnya empayar Melaka dalam perdagangan.Kebanyakan penghijrah Cina yang datang ke Tanah Melayu dan Amerika Syarikat adalah biasanya dari Wilayah Kwangtung,Kwangsi dan wilayah lain yang banyak masalah.Penghijrahan orang-orang Cina ini adalah di bantu oleh beberapa faktor penolak daripada negara asal dan faktor penarik daripada negeri tempat berhijrah.Faktor penolak dan penarik ini adalah terdiri daripada faktor ekonomi, sosial dan politik yang mempengaruhi keadaan .

Faktor penarik daripada Amerika Syarikat

1) Untuk pengisian tenaga buruh dan mencapai kos yang effisen bagi perusahaan di Amerika syarikat.

Menjelang akhir abad ke-19 kita dapati bahawa Amerika Syarikat telah berkembang menjadi sebuah negara perindustrian dan perusahaan perdagangan yang agak maju .Sektor perkilangan dan pengangkutan telah berkembangan pesat pada waktu ini.Semua ini adalah memerlukan pembangunan infrastruktur yang pasat dan memerlukan tenaga kerja yang agak ramai untuk membantu kelicinan perjalanannya .Para pengusaha perkilangan,pembinaan jalan keretapi mahu pun para pengusaha perladangan adalah sudah tentu mahu mengeluarkan output pada kos yang paling effisen dan murah.Mereka melihat bahawa untuk mencapai hasrat ini mereka dapati bahawa buruh china adalah antara pilihan yang paling sesuai .Ini menambahkan lagi keperluan untuk mendapatkan buruh Cina sama ada yang telah berhijrah ke Amerika Syarikat Mahu pun yang akan di ambil daripada China mengikut keadah tertentu untuk di bawa ke Amerika Syarikat.

a) Pembinaan landasan keretaapi.
Ada pendapat yang menyatakan bahawa buruh Cina yang berani adalah pembina pertama jalan keretaapi Transcontimental di Amerika Syarikat.Buruh yang datang daripada China ini adalah dikatakan membawa bahan letupan bersama-sama yang berupa Granit untuk tujuan melicinkan pembinaan jalan keretaapi.

"These Chinese contract braved and hershest of condition to fulfill their contract to build America first contimental railroad. Employing skills in excavation and the use of explosive which their brought from china". Mengikut perangkaan yang didapati menunjukan 15 000 orang Cina bekerja di utara pasifik dan 250 orang di Houston dan Texas dalam sektor pembinaan jalan keretaapi ini.Manakala mengikut data yang di dapati menyatakan bahawa pada pada 1860-an di dapati seramai 10 000 Orang Cina adalah bekerja dengan Central Pasific Railroad.mereka di katakan menerima gaji sebanyak 35 dolar sebulan.

b)Pertanian
Ada sumber yang menyatakan bahawa seramai beratus-ratus orang Cina berkerja di sektor perladangan termasuklah perladangan di California yang menjalankan sistem tanaman secara tuaian dan mereka merupakan perintis kepada penanaman perladangan yang lebih besar.Pada 1870 seorang peladang Cina di Sacramento Country menghasilkan tanaman yang berpendapatan bernilai 9500 dolar.

2) Mencari kekayaan
Kekayaan adalah suatu impian setiap orang yang datang ke Amerika Syarikat termasuklah para immigran Cina yang datang ke sana pada abad ke-19.Pada pertengahan abad ke-19 kita dapati bahawa Amerika Syarikat telah digemparkan dengan penemuan "Emas" di kawasan California iaitu 'California Gold Rush'..Penemuan Emas ini adalah telah berlaku mula tahun 1849.Penemuan Emas ini telah menjadi pendorong kepada rakyat Amerika Syarikat dan para Imigran Cina untuk datang kesana untuk mencari kekayaan walaupun kedatangan mereka ke sana bukanlah mudah kerana serangan daripada kaum Red Indian. Walaubagaimana pun kita dapati bahawa orang Cina yang datang ke California adalah amat sedikit kerana ramai tenagan buruh mereka adalah lebih ditumpukan kedalam sektor lain seperti membina landasan keretaapi.Walaubagaimana pun kita dapati sektor lain seperti pembinaan landasan keretaapi juga mampu menyumbangkan pendapatan yang besar bagi mereka.

3) Kemasukan para buruh dari China adalah di bantu oleh agen perdagangan yang membawa mereka dengan menggunakan kapal ke Amerika Syarikat seperti Hawaii dan tanah besar Amerika Syarikat.

Aspek ini adalah dipanggil sebagai 'Coolie Trade'yang mana agen perdagangan buruh akan membantu para penduduk china yang ingin belayar Ke Amerika Syarikat dengan menggunakan kapal.Penghantaran ini adalah bertujuan untuk menempatkan para buruh Cina ini kedalam sektor perladangan seperti penanaman kopi,gula dan sektor penanaman yang lain. Selain itu mereka juga akan berkerja di sektor perindustrian dan pembinaan infrastruktur..Mereka juga akan mengantikan buruh-buruh yang sedia ada di Amerika rterutamanya buruh-buruh yang berkulit hitam.Mula 1810 dikatakan bahawa sudah ada buruh Cina yang berlayar ke Hemisfera barat dan proses ini berlaku secara besar-besaran menjelang tahun-tahun 1840-an.Pengambilan buruh dari China kerana mereka di anggap lebih baik daripada buruh asing yang lain.Dalam penghantaran buruh China ke Amerika Syarikat ini kita dapati bahawa banyak kapal Amerika yang terlibat walaupun kita dapati kongres Amerika telah meluluskan undang-undang mengenai 'coolie trade' ini pada 1862. Manakala men urut laporan para pegawai British yang berkhidmat di China kepada London menerangkan bahawa orang-orang Cina yang inggin berhijrah tetapi tidak mempu membiayai perjalanan mereka akan membuat pinjaman sebanyak 70 Dolar iaitu 50 Dolar untuk tambang tiket dan 20 Dolar adalah untuk pembiayaan.Walaupun ini agak menyusahkan mereka kerana terpaksa membayar balik hingga mencapai 200 Dolar namun mereka tetap mahu meminjam.

4) Mobiliti sosial yang lebih besar.
Kita perhatikan bahawa kebanyakan buruh daripada China adalah buruh kurang mahir dan berasal daripada keluarga yang miskin di China . Sebelum mereka ke Amerika Syarikat mereka telah mendapat tahu bagaimana rakyat Amerika adalah bebas termasuklah dalam bidang perniagaan dan sosial.Para pendatang yang datang dari China yang bekerja di Amerika Syarikat adalah mengimpikan segala kebebasan ini dan mahu berusaha dengan gigih untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka agar mereka agar mereka dapat meningkatkan status sosial masing-masing.Sebagai contoh yang dapat kita perhatikan kita dapati bahawa pada 1880-an di Honolulu terdapat 30% daripada kedai di sana adalah kepunyaan orang Cina.Manakala generasi kedua orang Cina di Hawaii adalah banyak yang menjadi Manager dan pentadbir.

Sebab-sebab penolak daripada China

1)Kesusahan hidup di kampung-kampung.
Pada abad ke-19 kita dapati bahawa kebanyakan rakyat China adalah bergantung dengan pendapatan daripada aspek-aspek pertanian seperti tanaman Padi khsusnya dikawasan luar bandar yang terdiri daripada kampung-kampung. Apabila pertanian mengalami kejatuhan dari segi hasil akibat daripada beberapa masalah pertanian seperti kemarau yang berterusan maka para petani akan mengalami pengurangan pendapatan yang seterusnya akan menyusahkan kehidupan mereka .Ini adalah biasanya berlaku di wilayah seperti Kwangsi, Kwangtung dan Fukkien. Apabila perkara ini berlaku maka penduduk China akan mencari jalan keluar atau mencari kehidupan yang baru yang lebih selesa. Salah satu jalan yang mereka rasakan baik adalah berhijrah ke kawasan yang mempunyi potensi pertanian atau perekonomian yang memerlukan tenaga mereka seperti sektor perkilangan,pembinaan ,perlombongan atau pertanian seperti yang ada di Tanah Melayu dan Amerika Syarikat. Tanah Melayu adalah memerlukan tenaga buruh China untuk bekerja di sektor perlombongan Bijih T imah dan Amerika Syarikat dalam bidang pembinaan jalan keretaapi.8

2) Bencana alam yang kerap berlaku .
china adalah sebuah daripada negara timur asia yang banyak terdedah kepada kekerapan bencana alam semulajadi yang banyak memusnahkan harta benda dan nyawa manusia .Bencana alam yang kerap berlaku di China adalah seperti banjir telah banyak memusnahkan harta benda yang kemudiannya menyulitkan penduduk terutamanya mereka yang miskin.Mereka yang miskin adalah sukar membina semula rumah mereka bila di musnahkan oleh bencana alam .Kemusnahan yang berlaku ke atas tanaman pertanian adalah menyebabkan penduduk kekurangan sumber bekalan makanan dan zat.segala aspek dan kesusahan yang di alami ini adalah menyebabkan penduduk china mencari jalan keluar untuk mengubah kehidupan mereka .Tekanan untuk berhijrah adalah semakin memuncak bila masalah seperti ini ujud.Tanah Melayu dan Amerika Syarikat adalah antara tempat yang dituju oleh mereka sama ada dengan menggunakan kapal-kapal dagang atau melalui sistem kontrek yang akan membawa mereka ketempat yang mereka tuju menggunakan kapal yang telah di sediakan.9

3) Pemberontakan Taiping di China.
Pemberontakan ini adalah berlaku sekitar pertengahan kurun ke-19.Pemberontakan ini adalah di bawah pimpinan Hung Hsin Chuan iaitu anak tempatan wilayah Kwangtung yang pada mulanya bertujuan untuk menumbangkan dinasti Mancu atas sebab-sebab seperti kesempitan hidup petani dan pertambahan penduduk yang ridak dapat di atasi oleh kerajaan Mancu.Kebanyakan ahli pemberontak adalah terdiri daripada mereka yang tidak puashati terhadap dinasti Mancu . Pemberontak telah mencapai satu kejayaan mengalahkan askar dinasti mancu dalam setiap petempuran yang di lalui serta berjaya menawan Nangking iaitu ibu negeri lama Kerajaan Mancu.10Akibat daripada berlanjutnya peperangan ini maka banyak nyawa dan harta benda telah musnah. Dianggarkan bahaya lebih kurang 10 000 000-20 000 000 orang telah terkorban akibat daripada pemberontakan ini.Kawasan penanaman adalah banyak yang terbakar atau di bakar yang menyebabkan bekalan makanan menjadi tidak cukup dan kebuluran di kalangan rakyat .

Kejadian jenayah seperti rompakan adalah semakin berleluasa menyebabkan kehidupan mereka semakin sulit.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berhijrah bagi mengubah nasib kehidupan mereka seperti ke Tanah Melayu dan Amerika Syarikat.11

4) Pelarian politik untuk menyelamatkan diri.
Ramai daripada pemimpin pemberontak yang menentang kerajaan Mancu yang menemui kegagalan telah melarikan diri keluar negara termasuklah pemimpin pemberontak Taiping dan orang perseorangan yang cuba merampas kuasa daripada di Dasti Mancu di kawasan tertentu.Mereka yang melarikan diri atau berhijrah keluar ini adalah kerana takut di seksa atau di binah bila ditangkap. Amerika syarikat dan Tanah Melayu adalah antara destinasi yang dituju.12Sebagai contoh kita dapati bahawa pejuang China selepas era pemberontakan taiping iaitu Dr sun (ayah kepada sun yat sen ) adalah telah melarikan diri dari Canton ke Hawaii Amerika Syarikat apabila beliau telah gagal dalam perebutan kuasa di Canton pada 1895.Ini adalah jelas perlihatkan kepada kita bahawa suasana politik semasa di China juga adalah mempengaruhi rakyatnya untuk berhijrah kenegara-negara lain seperti Malaysia dan Amerika Syarikat.

Sebab sebab kedatangan imigran China ke Tanah Melayu.

1) Melalui sistem kancu
Sistem ini telah diperkenalkan oleh Temenggung Johor pada akhir kurun ke-19.Ianya adalah berkaitan dengan pentadbiran ekonomi Johor yang berkaitan dengan sistem Kancu.Pengenalan sistem ini adalah bertujuan untuk melicinkan pentadbiran perdagangan di Negeri Johor.Menurut sistem ini seorang ketua orang Cina akan dilantik yang dipangil Kancu untuk menjadi ketua disesuatu kawasan penanaman disepanjang sungai Johor.Setiap ketua orang Cina ini akan mendapat geran kuasa daripada Temenggung melalui 'surat sungai'.Melalui surat sungai ini seorang ketua akan berkuasa dalam pungutan cukai,menjalankan fungsi kerajaan dan mengawal penanaman di kawasannya.Aspek ini telah mengiatkan kemasukan buruh-buruh dari China untuk menjadi ketua atau pekerja di Johor.14Kebanyakan pengusaha-pengusaha atau kancu ini adalah lebih cenderung untuk mengalakan penanaman gambir pada waktu ini kerana harga dan permintaan ke atasnya adalah tinggi..Ini adalah sesuai dengan naluri orang Cina yang mahukan kekayaan dan kebendaan .15

2) Kemudahan perjalanan untuk berhijrah.
Memandangkan ujud faktur penolak dari negeri China maka Orang-orang Cina terpaksa berhijrah.Penghijrahan mereka ini adalah banyak dibantu oleh kemudahan yang disediakan walaupun kadangkala agak menyusahkan dan bergantung kepada kebijaksaan mereka.Bagi mereka yang agak mampu mereka adalah boleh mambayar tambang sendiri untuk berhijrah dengan menaiki kapal-kapal tertentu yang akan membawa mereka ke Tanah Melayu .Namun bagi mereka yang tidak mampu pula mereka boleh memilih sistem kemudahan kredit yang mana perjalanan mereka akan ditanggung oleh majikan yang akan mengambil mereka berkerja.Walaupun melalui sistem kemudahan kredit ini mereka terpaksa bekerja dengan majikan yang membiayai tambang mereka hingga selesai hutang mereka namun mereka terpaksa agar mereka dapat berhijrah.Apabila hutang mereka sudah selesai maka kita dapati bahawa penghijrah Cina ini adalah bebas memilih kerja sendiri dan memulakan hidup yang lebih baik di Tanah Melayu.16

3) Perlombongan Bijih Timah.
Penguasaan orang Cina dalam arena perlombongan diTanah Melayu adalah sejak kurun 18 lagi.Perkerjaan di lombong Bijih Timah adalah antara daya tarikan kepada orang-orang Cina yang datang ke Tanah Melayu untuk menampung kehidupan yang lebih baik.Kebanyakan orang-orang Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah tertumpu di kawasan lombong Bijih Timah seperti di Lukut,Kelang dan Sungai Ujong .Kenapa Imigran Cina ini begitu mudah mengusahakan Lombong Bijih Timah di Tanah Melayu?.Orang-orang Cina adalah amat mudah mendapat kemudahan kredit daripada saudagar Cina dan eropah daripada negeri-negeri Selat untuk membantu kemajuan perlombongan Bijih Timah.17Selain daripada itu orang-orang Cina juga adalah mempunyi teknologi yang lebih baik daripada orang Melayu pada waktu ini.Orang-orang Cina adalah menggunakan keadah mengepam yang lebih mendatangkan hasil yang banyak berbanding keadah melampan orang Melayu.Ini menyebabkan banyak buruh-buruh dari China untuk berkerja di Tanah Melayu.

Rumusan
Setelah melihat faktor penolak daripada negeri China dan faktor penarik daripada Tanah Melayu serta Amerika Syarikat kita dapati bahawa faktor ekonomi adalah memainkan peranan yang paling utama sekali .Melihat faktor penarik daripada Amerika Syarikat di dapati faktor ekonomi begitu mendesak sekali iaitu keperluan tenaga buruh khususnya untuk membina jalan keretapi,'California Gold Rush'yang menjanjikan kekayaan dan perdagangan 'Coolie Trade' yang membantu membawa Orang Cina ke Amerika Syarikat. Berbanding dengan Tanah Melayu Faktor ekonomi amat memainkan peranan walaupun aspek yang berbeza berbanding Amerika Syarikat. Tanah Melayu adalah menjanjikan perkerjaan di sektor perlombongan bijih timah dan kemasukan orang Cina melalui kemudahan tambang kredit.

Dari segi penolakan dari negeri China pula ekonomi juga memainkan peranan penting kerana jika jika kehidupan di China stabil sudah tentu Orang Cina tidak akan berhijrah.Kesusuhan hidup di kampung-kampung dan bencana alam yang sering melanda negara telah menyukarkan kehidupan penduduk negeri China yang memaksa mereka mencari jalan untuk memperbaiki kehidupan iaitu berhijrah ketempat lain.

Faktor bukan ekonomi juga tidak harus di lipakan peranannya.Moboliti sosial yang besar di amerika dan pergolakan politik di China iaitu pemberontakan Taiping menyebabkan penghijrahan ini berlaku.Faktor ini jugalah antara yang menjadi pendorong utama penghijrahan ini.

Bibiografi

1) Andaya Barbara Watson,Sejarah Malaysia, Macmillan, Petaling Jaya, 1983.
2) Carl A Trocki,Prince Of Pirates: The Temmengung And Development Of Johore And Singapore 1784-1885, Singapore Universiti Press,Singapore, 1979.
3) Dr Paul H Kratoska(penyelenggara), Penghijrah Dan Penghijrahan,Pusat Pengajian Ilmu Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang,1982.
4) Franklin Escher JR,(penterjemah :aditiaman ),Sejarah Ringkas Amerika Syarikat :Dari Kolonial Menjadi Salah Satu Negara Terbesar,N V Pusaka Penerbit Endang,Jakarta,1954.
5) Francisco Cordosa,Dictonery Of American Immigration History,The Scarecraw Press,Inc,Metichen N J,London,1990.
6) James N Gregory, American Exodus:The Dust Bowl Migration And Okie Culture In California,Oxford Universiti Press,Oxford,1989.
7) Joginder Singh Jessy,Sejarah China Dan Jepun,Anthonian,Kuala Lumpur,1978.
8) M A Fawzi Basri,Sejarah Johor Moden 1855-1940,Muzium Negara,Kuala Lumpur,1978.
9) Roger Danials,Coming To America,Harper perennial publisher,New York,1990.
10) Wolfgang Moese,Chinese regionalisme in West Malaya and Singapore,Volkerkande Ostasiens,Hamburg,1978.

Hak cipta © : Abdul Minin