Make your own free website on Tripod.com
British Di Negeri Sembilan

Pada mac 1872 Datuk Kelana Sg Ujong dan Datuk Laksmana Syed Abdul Rahman Bin Syed Ahmad Al Qadri telah membuat surat perjanjian dengan seorang inggeris iaitu Hendry Velge untuk membuka lombong bijih timah dan aktiviti-aktiviti lain Dalam surat perjanjian tersebut mereka mengaku akan melindungi Hendry ketika menjalankan aktiviti di Sungai Ujong.Pada 21 April 1874 Datuk Kelana telah menandatangani perjanjian dengan Britis dimana menurut perjanjian pihak Britis akan mentadbir dan mengawal dari kawasan sempang hingga permatang pasir. Pada 22 April 1874 pula istadat menaikan bendera Britis iaitu bendera Union Jack telah di adakan di rumah Datuk kelana dengan diiringi 21 das timbakan meriam .Ini menunjukan bahawa beliau adalah telah bersahabat dengan pihak Britis. Walaubagaimana pun seorang lagi pembesar Sungai Ujong iaitu Datuk Bandar tidak mahu bersahabat dengan Britis kerana mengangap Datuk Kelana cuma akan menjadi boneka kepada inggeris sahaja . Langkah Datuk Kelana membawa pihak Britis masuk ke

Sungai Ujong adalah diangap melangar adat kerana menurut adat sebelum Datuk Kelana (waris di darat) membuat sesuatu keputusan ia mestilah berunding dan mendapatkan persetujuan daripada Datuk Bandar (waris di air) .

Datuk Kelana telah beberapa kali meminta Andrew Clark iaitu gabenor Negeri-Negeri Selat untuk meletakan seorang pegawai Inggeris di Sungai Ujong namun ditolak oleh Andrew Clark. Pada 24 September 1874 Datuk Kelana telah telah memberitahu kepada Andrew bahawa Datuk Bandar bukan sahaja tidak mahu menurunkan tandatangan pada perjanjian 21 April 1874 malahan tidak setuju dengan langkah beliau mengibarkan bendera Britis. Permohonan Datuk Kelana telah mendapat sokongan Kapten Shaw yang menyatakan bahawa tindakan Datuk Bandar itu akan menganam keselamatan perniagaan Britis di Sungai Ujong.Andrew Clark telah mengutus surat kepada Datuk Syahbandar Ahmad Tunggal (Datuk Bandar ) dengan menyatakan bahawa Datuk Kelana adalah dilindungi oleh Britis dan mengingatkan Datuk Bandar bahawa Sultan Selangor dan Wizurainya iaitu tengku Kudin telah bersetuju menjaga keamanan di Sungai Ujong.

Pada 4 Oktober 1874 ,Andrew Clark telah mengarahkan W A Pickering bersama sepasukan polis darii melaka yang di bawah pimpinan Hayward supaya memujuk Datuk bandar agar berdamai dengan Datuk Kelana. .Dengan bantuan F A Swettenhm ,W A Pickering telah berjaya mendapat persetujuan orang-orang Cina bahawa mereka tidak akan mencampuri persengketaan antara Datuk Kelana dan Datuk Bandar .Beliau juga telah mendapat penjelasan Datuk Bandar bahawa ia telah di hina oleh Datuk Kelana oleh Datuk Kelana dengan tidak mengadakan perundingan terlebih dahulu .Walaubagaimana pun Beliau tidak berhasrat untuk mengangkat senjata menentang Datuk Kelana dan membuat penafian tentang beliau melindungi raja Mahmud.W A Pickering sekali lagi telah ditugaskan untuk membawa syurat kepada Datuk Bandar pada 14 november 1874.Surat tersebut menyatakan bahawa Datuk Bnadar hendaklah bekerjasama dengan Datuk Kelana.Surat ini tidak dipedulikan oleh Datuk Bandar.

Sebelum Datuk kelana melancarkan serangan keatas Datuk Bandar ia telah bertindak bijak melantik datuk Bandar lain untuk menentang Datuk bandar (Datuk Syahbandar Ahmad Tunggal.Ini adalah berdasarkan kepada adat yang menyatakan bahawa Datuk Kelana adalah tidak boleh mengistiharkan perang ke atas Datuk Syahbandar Ahmad Tunggal. Datuk Bandar yang baru dilantik adalah datuk Bandar Ahmad Bukit.Pada 16 Nombember 1874 batuk Bandar baru bersama-sama 400 orang Datuk Kelana telah menyerang dan menawank ubu Datuk Syahbandar Ahmad Tunggal di Rahang dan Rasah.Pada 17 Nombember 1874 ,200 orang Datuk Kelana telah mara ke Pepayang namun pasukan ini telah diundurkan oleh pasukan Datuk Syahbandar Ahmad Tunggal yang dibantu oleh Raja Mahmud .Walaubagaimana pun Datuk Kelana telah berjaya dibawa berundur kekediamannya di Ampang oleh W A Pickering.

W A Pickering telah melapurkan ke Melaka bahawa Datuk Syahbandar Ahmad Tunggal telah berjaya menawan semula Rasah dengan bantuan orang-orang Rembau.Beliau juga telah meminta bantuan Kapten Shaw Ini adalah kerana beliau berpendapat bahawa sekiranya bantuan tidak dihantar maka Datuk Kelana akan dikalahkan. Kapten Shaw telah menghantar bantuan yang di anggotai oleh Leftenen H W Palmer ,Leftenen G B Peyton,searang Sarjan dan 26 orang askar daripada rejimen ke-10.Pada 19 November 1874 bersama -sama pasukan bantuan ini W A Pickering telah berjaya menawan Rasah dan Rahang. Pada 24 Nombember 1874 pasukan bantuan yang diiringi oleh Andrew Clark daripada singapura telah bertolak keSungai Ujong.Kapten S Dunlop iaitu pegawai polis daripada singapura telah dilantik sebagai pesuruhjaya awam pasukan dengan misi untuk menyelamatkan pasukan W A Pickering dan mengembalikan keamanan di Sungai Ujong. Pasukan ini juga adalah diiringi oleh kapal H M S Charybdis yang di bawah pimpinan Kapten W J J Tatham serta pas ukan Leftenan Jones.Pasukan ini telah bergerak ke Sungai Ujong pada 27 Nombember 1874.

Semasa petempuran dalam keadaan genting anak Datuk Syahbandar iaitu Che Kari telah menawarkan perdamaian debgan Britis .Pertemuan telah diadakan di Lukut di mana Kapten S Dunlop telah manawarkan satu draf perjanjian dan menanguhkan serangan dalam tempoh 24 jam bagi memberi peluang kepada Che Kari untuk menimbangkan draf tersebut .Sebelum pergi Che Kari telah menyatakan bahawa jika perdamaian dicapai maka pihaknya adalah bersetuju membiayai segala perbelanjaan ekspedisi Britis di Sungai Ujong.Walaubagaimana pu selepas tamat tempoh ,Che Kari tetap tidak muncul.

Pada 30 November 1874 ,Sheikh Muhamad Ali iaitu menantu Datu Syahbandar Ahmad Tunggal telah datang menemui si Andrew Clark sebagai wakil mutlak Datuk Syahbandar Ahmad Tunggal dalam menganjurkan perdamaian dengan Britis.Beliau telah membawa kertas kosong yang di cop oleh Datuk Syahbandar sebagai bukti beliau adalah wakil perdamaian yang sah.dalam surat tersebut Datuk Bandar dan pengikutnya akan meletak senjata.Datuk Syahbandar juga akan menurunkan tandatangan ke atas perjanjian yang dibuat antara Britis dengan Datuk Kelana pada 21 April 1874.Datuk Kelana yang akan menjadi pemerintah Sungai Ujong akan membayar segala kos perbelanjaan britis semasa kekacawan di sungai ujong.

Pada 9 Disember 1874 setelah meninggalkan Kapten W J J Tatham sebagai penasihat Datuk Kelana ,sebahagian daripada tentera kembali ke Lukut dan Singapura .Datuk Syahbandar dan Raja Mahmud pula telah mengundurkan diri ke Selangor.Mereka tinggal di Langat di bawah perlindungan Datuk Dagang keturunan melayu Sumetera.Mereka telah memaklumkan kepada Sultan Abdul Samad di mana mereka berada manakala sultan Abdul Samad pula telah memberitahu F A Swettenham tentang perkara tersebut. F A Swettenham telah meminta agar Datuk Syahbandar dan Raja Mahmud agar menyerah diri tanpa syarat. W J J Tatham pula telah berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadak Datuh Syahbandar malahan beliau akan di beri pencen sebanyak $500 sebulan serta di sediakan sebuah rumah di Singapura.

Manakala Che Kari pula telah ditangkap sewaktu peperangan sedang meletus .Beliau telah di baea ke hadapan W J J Tatham dan dituduh bertanggungjawab di atas pengunduran bapanya.Che Kari telah diminta bersumpah akan membawa bapanya .Setelah mengangkat sumpah Che Kari telah pergi kerumah raja mahmud di selangor namun bapanya tiada di situ. Kemudian beliau telah pergi ke Kelang lalu berjumpa dengan bapanya disitu. Setelah mereka berbincang akhirnya Datuk syahbandar setuju pulang ke sungai ujong.

Di sungai Ujong pada 17 Dismber 1874 Datuk Syahbandar telah menuruhkan tandatangan dan copnya keatas surat yang memberi kuasa kepada Britis untuk menghukumnya.Beliau juga mengaku salah kerana berperang dengan Datuk Kelan dan berjanji tidak akan menyerang lagi Datuk Kelana .Pada 15 Januari 1875 ,Datuk Bandar juga telah menurunkan tandatangan dan copnya keatas surat yang menyatakan bahawa beliau sedia tinggal di singapura dan tidak akan meninggalkan Singapura tanpa persetujuan Gabenor Negeri-Negeri Selat .Manakala Datuk Haji Ahmad B M uhamad Ali yang menyokong Datuk Kelana sewaktu perang telah di lantik menjadi Datuk Syahbandar yang baru.

Penentangan yang dibuat oleh Tengku Antah terhadap Britis adalah kerana nilai-nilai tradisi melayu telah dicabar oleh pihak Britis. Penentangan Tengku Antah adalah bermula bila Datuk Kelana Sungai Ujong tidak menghadiri pertabalah baginda sebagai Yamtuan. Ini adalah kerana Datuk Kelana adalah lebih condong untuk melantik Tengku Ahmad Tunggal sebagai Yamtuan. Kwbwranian Datuk Kelana ini adalah kerana adanya sokongan daripada Pihak Britis. Langkah Datuk Kelana ini adalah bertepatan dengan cita-cita Britis yang sememangnya inggin menguasai Negeri Sembilan yang kaya dengan galian Bijih Timah. Selain daripada itu Datuk Kelana juga telah bertindak diluar bidang kuasanya dengan mengakui Terachi sebagai haknya sedangkan Terachi adalah hak Yamtuan Antah Lalu Datuk Kelana telah melantik seorang penghulu di Terachi.

Sebagai tindakan susulan kepada pengakuan Datuk Kelana maka Britis telah menghantar Patric James Murphy iaitu residen Sungai Ujong ke Terachi bersama-sama Leftenan Hinxman ,tiga puluh orang polis ,Hoysted (doktor ),dan seorang juru ukur.Tindakan Britis ini adalah mengambarkan bahawa ia adalah menyokong pengakuan Datuk Kelana dan mengiktiraf pengakuan tersebut. Aspek ini telah mempercepatkan lagi meletusnya tentangan terhadap Britis oleh Yamtuan Antah.

Yamtuan Antah telah menghantar pasukanya untuk menghalang Daly (juruukur)untuk menjalankan tugasnya di Terachi .Ini telah menyebabkan Daly telah meminta bantuan daripada Sungai Ujong.Pasukan Hinxman telah dihantar .Sewaktu pertempuran apa yang menghairankan peperangan atau petempuran bukan berlaku antara askar Datuk Kelana dan Yamtuan Antah tapi antara askar Yamtuan Antah dengan Britis. Pada awal pertempuran kita adapati bahawa askar Yamtuan Antah telah berjaya mengundurkan askar Britis hingga baginda berjaya menawan Bukit Putus dan Paroi.Namun kejayaan baginda adalah tidak lama kerana Britis telah berjaya mendapat bantuan daripada Pulau Pinang,Singapura dan Melaka. Akibatnya pasukan Yamtuan Antah telah berjaya dikalahkan oleh Britis .Yamtuan Antah telah berundur ke johor.Akhirnya pada 1876 Yamtuan Antah telah membuat perjanjian dengan pihak Britis yang mana Jawatan Yamtuan Antah di kekalkan tapi cuma berkuasa sekitar Seri Menanti sahaja.

Hak cipta © : Abdul Minin