Make your own free website on Tripod.com
Sejarah Pemikiran Islam

Peluasan kuasa atau empayar Islam kita dapati telah memperkembangkan bidang keilmuan yang dipelopori olehnya. Peluasan kuasa ini telah menyebabkan kemajuan yang pesat dalam bidang keilmuan seperti matematik,sains dan sejarah. Perkembangan ini telah menyebabkan masyarakat yang di islamkan mendapat manafaat khususnya dalam perkembangan pemikiran dan pembangunan minda. Semua masyarakat dunia seperti masyarakat Kristian,Yahudi ,alam melayu mendapat manafaat sehinga ke hari ini .Apabila kita melihat aspek peluasan pengaruh ini ,kita sukar pisahkannya dengan penerapan tradisi tulisan arab yang dikembangkan. Perkembangan penulisan arab telah membantu Aktiviti penulisan ini telah membantu pengaliran ilmu pengetahuan islam dalam pelabagai bidang termasuklah bidang sejarah. Hasil peluasan ini penerokaan bidang ilmu termasuklah bidang sejarah. Menyentuh bidang sejarah kita dapati hasil peluasan kuasa islam maka telah lahir ahli sejarahwan daripada kawasan selain daripada mekah dan madinah malaha n lahir tokoh sejarahwan islam dikalangan masyarakat eropah seperti Abdul Al- Malik Ibn Habib.Beliau adalah sejarahwan yang menghasilkan karya masyur yang bertajuk "tarikh" (sejarah).

Pembentukan masyarakat islam yang semakin berkembang dan pesat telah membantu perkembangan bidang ilmu termasuklah sejarah.Ini adalah kerana islam adalah amat menitikberatkan umat dalam mencari ilmu pengetahuan. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam islam dapat di terangkan melalui hadis rasullah yang bermaksud "tuntutlah ilmu walaupun sampai kenegeri china".Kalau di perhatikan hadis ini adalah suatu hadis yang mempunyi maksud dan penekanan yang tinggi dalam ilmu pengetahuan. Kalau diperhatikan kontek masa tersebut kita dapati bahawa perjalanan antara tanah arab dan china adalah terlalu sukar sekali ,Bila tinjau pada zaman ini ,ia adalah memperingatkan umat islam betapa pentingnya ilmu pengetahuan. Jadi islam semakin meluas maka makin ramailah umat islam. Apabila umat islam makin berkembang maka penekanan ini menyebabkan makin ramai tokoh keilmuan akan lahir dalam dunia islam ini akan dapat membantu perkembangan keilmuan termasuklah bidang sejarah Sebagai contoh kita ambil tokoh sejarahwan islam yang bernama ibn batuta.Beliau adalah tokoh sejarahwan islam yang menulis sejarah pengalamannya melawati tempat-tempat yang dilawatinya .Ini telah menyebabkan beliau adalah terkenal sebagai seorang pengembara yang menjadi sejarahwan.

Dunia islam juga adalah amat mementingkan sejarah dalam kehidupan umatnya. Pelbagai aspek sejarah diambilkira dalam bidang penulisan sejarah seperti kata-kata dan perbuatan nabi Muhamad, sejarah kehidupan para sahabat ,kemenangan dalam peperangan ,salasilah sesuatu keluarga dan sebagainya .Aspek ini adalah amat penting kerana segala ini akan dijadikan contoh dan teladan oleh umat islam .Sebagai contoh yang nyata kita lihat mengenai kata-kata dan perbuatan nabi Muhamad. Penulisan mengenai kata-kata dan perbuatan nabi adalah di kumpulkan hingga terbentuk apa yang dikatakan sebagai hadis nabi. Hadis nabi ini adalah amat penting dalam kehidupan umat islam kerana ia adalah menerangkan segala apa yang berkenaan yang perlu dilakukan oleh umat islam.Hadis adalah menerangkan apa-apa masalah yang tidak diterangkan secara terperinci oleh Al-Quran seperti sembanyang. Al-Quran cuma diterangkan tentang kewajiban menunaikan sembanyang tetapi cara-cara mengerjakannya diterangkan dalam hadis. Apabila kita meliha t aspek ini kita dapati bahawa penulisan sejarah mengenai rasullah adalah begitu penting sekali. Ini telah melahirkan banyak tokoh sejarahwan dan pengkaji sejarah islam sesuai dengan perkembangan empayar islam.

Pembangunan keilmuan dari segi pelbagai bidang telah berlaku bila islam meluaskan pengarunya. Bila diperhatikan sejarah perkembangan islam pada mulanya kita dapati bahawa islam cuma tersebar sekitar mekah yang seterusnya berkembang kemadinah dan sekitar dunia .Sewaktu islam belum berkembang kita dapati bahawa semenanjung tanah arab mengalami

zaman dimana tidak terdapat infrasturtur yang lengkap untuk perkembangan ilmu sepertimana pada zaman perkembangan islam.Namun apabila islam mengembangkan pengaruhnya maka kita dapati pembangunan dari segi infrastruktur telah berkembang dengan pesat. Kita ambil contoh sewaktu zaman Abbasyiah telah terdirinya infrasturtur yang banyak membantu perkembangan ilmu termasuklah bidang sejarah .Waktu ini kerajaan Abbasiyah telah menubuhkan apa yang di pangil Bayt Al-hikmah .Bayt Al-Hikmah ini adalah sebuah tempat yang menjadi perpustakaan untuk memudahkan penyelidikan dan rujukan dalam pelbagai bidang termasuklah bidang sejarah.Apa yang diketahui bahawa kalau menyentuh bidang sejarah kita dapati banyak karya hasil yunani kuno telah diterjemah untuk dikaji.Aspek ini amat jelas membantu bidang sejarah sebagai suatu cabang ilmu yang memerlukan kajian dan penyelidikan.

Setelah mengimbau peranan oislam dalam pekembangan ilmu di sini saya inggin membuat pengkhususan bagaimana ilmu pengetahuan islam ini telah mengalir ke eropah akibat peluasan kuasa islam di sana.Peluasa kuasa islam di eropah adalah mengandungi ranjau dan onal yang berduri. Pertembungan dua bangsa ini telah menjadikan eropah sebagai sebuah kerajaan atau kuasa yang kuat hasil pelajaran yang diperolehi daripada tamadun islam.Eropah telah sedar setelah kemasukan islam bagaimana cara keluar daripada kegelapan (dark Age ).sewaktu perang salib mereka telah sedar bahawa penterjemahan adalah aspek yang penting dalam kemajuan atau kebangkitan semula.akibat daripada kesedaran ini mereka telah menterjemah semula kitab-koitab yunani kuno untuk dibuat penyelidikan .Penterjemahan juga telah membantu mereka membangkitkan semula semangat negara bangsa yang mana mahu eropah maju seperti tamadun yunani dan rom kuno.

Kemasukan islam ke eropah khususnya sepanyol adalah atas usaha dua tokoh tentera islam yang terkemuka .Penaklukan sepanyol adalah contoh yang nyata dimana islam telah mengubah suasana keilmuan eropah. Tokoh tersebut adalah Jahal Tariq dan Musa B Nusair.Jahal Tariq telah berjaya menawan Rio Barbate,Cordova dan Teledo setelah mengalahkan pasukan maharaja Roderick.Manakala Musa B Nusair pula telah berjaya menawan Seville,Merida dan Talavera pada 712 masihi.

Hasil penaklukan sepanyol bukan sahaja telah menjadikan Cordova sebagai pusat pentadbiran malahan menjadi pusat keilmiuan yang terkenal. Cordova telah menjadi tumpuan sarjana daripada lingkungan pengaruh islam. Kemunculannya sebagai pusat keilmuan telah memesatkan lagi penulisan dikalangan umat islam eropah yang membantu perkembangan ilmu.Kemasukan islam telah melahirkan banyak ahli sejarahwan yang terkenal di Cordova seperti Ibnu Khaldum.Ibnu Khaldum adalah terkenal dengan bukunya yang bertajuk Muqadimmah yang menceritakan tentang peradaban manusia sejagat. Ibnu Khaldum juga telah mengemukakan tentang pemikiran sejarah ,keadah pengkajiannya dan penghayatan sejarah.Beliau juga adalah menyatakan bahawa sejarah adalah mempunyi kaitan yang rapat dengan ilmu lain seperti falsafah.Dengan faktor sokongan ini maka dapatlah kita simpulkan bahawa perkembangan pengaruh islam telah berupaya menjadikan displin ilmu menjadi penting termasuklah cabang ilmu sejarah.

Hak cipta © : Abdul Minin