Make your own free website on Tripod.com
Perjanjian 1909

Ramai ahli sejarah berpendapat bahawa perjanjian 1909 ini adalah kemuncak kepada campurtangan inggeris ke atas negeri-negeri melayu. Yang bermula pada 1874 secara rasminya.Dalam british melaksanakan dasar campurtangan ia terpaksa mengambilkira kepentingan peranan siam dalam hal ini khususnya yang menyentuh mengenai negeri-negeri utara seperti Kelantan,Terengganu,Perlis dan Kedah.peranan siam ini telah menyebabkan british terpaksa berbaik-baik dengan siam demi kepentingan strategik dan ekonomi serta mendapatkan negeri-negeri utara. British menghadapi persaingan pada akhir kurun19 hingga awal kurun 20 telah bertindak bagi menyekat pengaruh perancis dikawasan siam serta jerman yang cuba mengambil peluang untuk mendapatkan langkawi.

British telah menghantar kapten hendry burney ke siam untuk mengelak serangan siam keatas kedah dan perak hingga menghasilkan perjanjian burney yang ditandatangani pada 1826.

Perjanjian ini adalah jelas mengambarkan betapa inggeris ingin menjaga kepentingan dari segi ekonomi contohnya perlindungan yang di berikan kepada perak kerana takut perdagangan bijih timah tergugat.perjanjian ini terus menjamin kedudukan perak sebagai contoh apabila Chao Paya cuba mengunakan tenteranya menyerang perak namun di tentang oleh fullerton dengan menghantar kapten James Low pada oktober 1826 ke perak.ini menyebabkansiam telah mengundurkan niatnya.kapten James Low telah memerterai perjanjian Low dengan budi bicaranya dengan perak yang memberi jaminan keselamatan yang samar dengan perak

Perjanjian ini jelas menunjukan bahawa inggeris berciti-cita meluaskan wilayah jajahanya ke perak pada masa akan datang.

Selain daripada perkara di atas kita dapati bahawa inggeris mendapat persaingan dan ancaman daripada perancis yang bertapak kukuh di Indochina. Perancis pada waktu ini telah menaruh perhatian yang penting terhadap Lembah Menam yang kaya dan segenting kera. Ini menyebabkan perancis mengenakan tekanan ke atas siam pada 1890-19899 namun kerana kebijaksanaan raja-raja siam hasrat perancis ini tidak kesampaian.Inggeris pula telah bertindak menyokong dasar siam dan cuba menghalau perancis dari wilayah siam.British berjaya membendung ancaman perancis bila mereka berjaya mencapai persetujuan dalam peristaharan British-Perancis 1896 atas kepentingan bersama.

British telah bertindak pantas selepas itu dengan mengadakan perjanjian sulit dengan siam pada 1897.

Selepas perjanjian siam merasa bahawa perjanjian tidak adil dan mengugat kedaulatan negaranya kerana terpaksa mendapat kebenaran inggeris dahulu dalam keputusan menganai negerinya.Walaupun begitu ia sedar perlunya hubungan yang baik dengan british.

British juga telah mengalihkan perhatiannya kepada kedah .british mengangap kedah penting adalah risau dengan usaha jerman yang inggin menjadikan langkawi sebagai pengkalan perdagangannya.Ini jelas dilihat melalui lawatan Frank sweetham yang menjadi residen perak pada 1889 yang dikatakan mempunyi motof politik.Selain itu perang kulim juga di ambil kira oleh British hingga mereka menghantar sepoi di sempadan antara pulau pinang,seberang perai dan perak.

Krisis kewangan yang melanda kedah pada waktu itu menyebabkan beberapa pihak cuba campurtangan di kedah.sebagai contoh Kaulfuss iaitu seorang rakyat jerman yang cuba mendapat kosensi perlombongan dilangkawi.sekali lagi siam menjalankan fungsi penting kerana mengangap pengaruh mereka di kedah akan terancam. Dengan menghantar MR Heal iaitu pegawai jabatan perlombongan di raja siam untuk meninjau prospek perlombongan di kedah agar tidak jatuh ketangan kaulfuss.walaubagaimana pun sultan tidak setuju.Walaubagaimana pun Kedah tetap berpaling kepada pertuanan siam bila ia meminjam sebanyak 2,000,000 dollar dari siam kepada raja muda tengku abdul aziz walaun sulta tidak setuju .yang membuktikan penguasan siam keatas kedah kerana seorang penasihat siam akan di lantik di kedah.

Hak cipta © : Abdul Minin