Make your own free website on Tripod.com
campurtangan british pada 1874 adalah titik tolak kepada Campurtangan rasmi d tanah melayu.

Perlu ditegaskan bahawa sebelum 1874 lagi inggeris telah campurtangan mengenai hal ehwal tanah melayu melalui pelbagai cara sama ada secara perjanjian,ketenteraan atau diplomatik dengan kuasa-kuasa luar seperti siam atau kerajaan taham melayu sendiri.campurtangan peringkat awal ini adalah di buat sama ada oleh country trades (peniaga persendirian inggeris) atau pegawai negeri-negeri selat yang takut beberapa kepentingan Britis ditanah melayu tergugat seperti bidang ekonomi dan strategik.

Mengimbas ancaman siam hingga awal kurun 18 terhadap negeri-negeri melayu utara kita dapati semakin mendesak..Ancaman siam ini telah disahut oleh sultan kedah dengan meminta bantuan francis light yang dikatakan mahir tentang semenanjung tanah melayu untuk berunding dengan kerajaan india dengan tawaran pulau pinang akan di serahkan jika bantuan ofensif dan defensif di berikan kepada kedah. Walaubagaimana pun tanpa persetujuan rasmi dan keizinan francis light telah menduduki pulau pinang pada 1876.ini menunjukan kepada kita betapa pihak pedagang inggeris telah merampas dan campurtangan dalam sebuah wilayah negeri kedah. 1812 kita dapati bahawa siam yang diketuai oleh chao paya dari ligor cuba menegakan kuasa siam di semenanjung utara tanah melayuselepas itu jelas terbukti bahawa menjelang 1821 siam telah menyerang kedah untuk dijadikan wilayah jajahannya.ini mendatangkan kesusahan kepada pulau pinagn dari segi bekalan makanan dan keselamatan kerana siam telah memasuki kawasan seberang perai yang menjadi wilayah pulau pinang.di samping itu perang gerila oleh orang melayu yang menggalakan perompakan turut menjadi masalah.

Perkara ini menyebabkan sekali lagi british terpaksa campurtangan dengan menghantar major burney pada 1826.dengan penghantaran ini maka terjalinlah perjanjian burney yang .melalui perjanjian ini telah menmenjadi asas kepada kedudukan inggeris ditanah melayu 50 tahun berikutnya. pada mulanya perjanjian ini tidak di hormati oleh chao paya dengan tindakan cuba mengugat perak yang enggan menghantar bunga emas ke siam.ini memaksa inggeris campurtangan dengan menghantar kapten james low pada oktober 1826 keperak dengan angkatannya.akibat daripada itu maka perjanjian low pun termeterai walaupun tanpa pengetahuan pulau pinang dengan gesaan agar perak tidak menghantar bunga emas ke siam dengan jaminan keselamatan yang samar.ini membuktikan sekali lagi inggeris campurtangan secara langsung dalam negeri-negeri melayu demi kepentingan ekonomi iaitu bijih timah.

Dalam pertelingkaha pahang kita dapati bahawa inggeris juga telah campurtangan yang terjadi antara wan ahmad yang di sokong oleh terengganu dan wan mutahir yang di sokong oleh temenggung johor

Yang menetap di sigapura..inggeris campurtangan bila memikirkan bahawa temenggung akan menjadikan singapura sebagai pengkalan untuk menakluki negeri negeri melayu .Kolonel Cavengh (gabenor nns ) cuba menghalang temenggung dari memberi bekalan kepada tun mutahir namun tidak berjaya.ancaman siam yang dikatakan akan membantu wan ahmad dan sultan mahmud lingga adalah membimbangkan.inggeris mengambil langkah meminta konsul british di siam agar meminta persetujuan menyingkirkan sultan mahmud dari terengganu.cavengh telah menghantar 2 buah kapal keterengganu .angkatan ini telah menyerang apabila permintaan inggeris agar sultan mahmud menyerah diri tidak di endahkan.

Bergerak kekawasan selatan pula sejak awal lagi pihak inggeris telah campurtangan khususnya dalam empayar johor riau.peranan ini dimainkan oleh Raffles yang berciti-cita menjadikan singapura sebagai sebuah pelabuhan yang terkemuka dan kepentingan perdagangan dengan China.Raffles telah mencampuri perebutan takhta kesultanan Johor-Riau dengan membuat perjanjian dengan sultan Husin dan mengangkatnya menjadi sultan johor.Ini menidikan hak Tengku Abdul Rahman yang di sokong oleh para pembesar johor dan pihak belanda.Keinginan yang kuat untuk menjadikan singapura sebagai pelabuhan yang maju disamping kepentingan strategik menyebabkan pihak pejabat kolonial merestui tindakan Raffles ini.Campurtangan inggeris ini nyata dengan perjanjian yang termaktub pada 1819 yang menyatakan sokongan inggeris kepada sultan Husin sebagai sultan johor-riau.

Selangor juga tidak terkecuali daripada campurtangan inggeris.di selangor sewaktu berlakunya perang kelang antara raja Mahadi dan raja Ismail inggeris telah menjalankan campurtangan melalui tengku kudim.tengku kudim memang bersahabat dengan inggeris jadi apabila ia menjadi wizurai selangor dan terlibat dalam perang ini inggeris turut membantunya.Akibat perminaan tengku kudim sultan abu samad telah menulis surat kepada harry ord pada 1870 supaya bekalan senjata di sekat daripada masuk ke selangor.Inggeris menghantar pula cox untuk campurtangan namun ia sdi serang oleh angkatan raja mahmud dan syaid mashor.Anson (gabenor) menghantar kapal pluto dan K D Rinaldo yang membedil kota kuala selangor.Misi inggeris berjaya bila J WW birch (S/U tanah jajahan berjaya mendapat persetujuan melantik pegawai inggeris mengawasi daerah kuala selangor dan tengku kudim mendapat kuasa yang lebih dalam pemerintahan di selangor.

Hak cipta © : Abdul Minin