Apabila kita mula pada 1700 kita dapati bahawa Selangor pada waktu ini adalah masih berada dibawah Kerajaan Johor-Riau.Ini adalah dapat dibuktikan melalui penyataan yang mengatakan bahawa pada waktu ini yamtuan Selangor yang tidak dapat diketahui namanya adalah mendapat kuasa melalui pemberian Cop Mohor oleh To' Engku Kelang yang dikatakan mempunyi kaitan pertalian persaudaraan dengan Sultan Abdul Jalil 1V (Sultan Johor-Riau ).To; Engku Kelang juga adalah mendapat kuasa daripada baginda dimana To' Engku Kelang adalah wakil Pemerintah Kerajaan Johor-Riau di Kelang.
Menjelang awal kurun ke-18 ini juga kita perhatikan bahawa kuasa bugis telah bertapak kukuh di Selangor.Pernyataan ini adalah dapat dibuktikan melalui peranan selangor sebagai markas Bugis dalam meluaskan pengaruhnya di beberapa negeri sekitar Selangor.Pertama kita lihat peranan Selangor dalam konflik dalam Kerajaan Johor-Riau.Sewaktu Bugis menentang Raja Kecil yang merampas kuasa daripada Sultan Abdul Jalil 1V.Dalam menghadapi Raja Kecil Orang-orang Bugis telah menjadikan Selangor sebagai markas bantuan dari segi tentera dan markas serangan.Ini dapar kita lihat dimana sewaktu Orang-orang Bugis menyerang Riau mereka terlebih dahulu mengumpulkan tentera di Langat dan Selangor.Dalam petempuran tersebut Pihak Bugis telah mencapai kemenangan lalu berjaya menawan Kerajaan Johor-Riau. Hasil daropada kemenangan ini kita dapati bahawa Raja Sulaiman telah dijadikan Yang Dipertuan Besar manakala Daing Merewah telah dijadikan Yamtuan Muda .Selepas itu hasil kunjungan Daing Parani ke Selangor akhirnya ia d ikahwinkan dengan anak Yamtuan Selangor yang bernama Tengku Puan Berima.Yamtuan Selangor adalah Arong Pasarai yang berbangsa Bugis .
Selangor juga adalah telah menjadi pusat campurtangan Bugis keatas negeri-negeri sekitarnya seperti Kedah dan Perak. Ini dapat kita perhatikan bila pada 1732 berlaku perang saudara di Kedah pihak Bugis telah terlibat secara langsung .Pihak Bugis telah membantu Sultan Kedah dalah memerangi adiknya yang dibanyu oleh Raja Kecil.Sewaktu peperangan ini pihak bugis telah menjadikan selangor sebagai pengkalan serangan dan tempat mengumpul tentera.Dalam peperangan di Kedah ini kita dapati Sultan Kedah dan Pihak Bugis telah mencapai kemenangan.Walaupun begitu Daing Parani telah terbunuh dalam peperangan ini. Pada 1728 pula Daing Merewah telah membantu adik Sultan Perak (Raja Inu ) memerangi abangnya (Sultan Alaudin Mughayat Syah ).Sekali lagi selangor menjadi pengkalan serangan dan bantuan logistik kepada pihak Bugis. Dalam peperangan ini pihak Bugis telah mendapat kejayaan. Menjelang 1730-an pula kita dapati telah berlaku kekacauan di Selangor.Kekacauan adalah disebabkan oleh seorabg Bugis yang bernama Mat ekko.Matekko ini adalah baik dengan Raja Kecil Siak lalu membuat kekacauan di Selangor. Yamtuan Muda Johor-Riau ketika ini aiatu Daing Celak telah membawa angkatan Johor menyerang dan mengalahkan Matekko di Selangor.Selepas itu Daing Celak telah enyerang perak pada 1742 .Waktu ini perak adalah di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah 111.Setelah Bugis mencapai kemenangan maka mereka telah melantik Sultan Muhamad Syah menjadi raja Perak.
Walaupun Daing Kemboja telah di lantik menjadi Yamtuan Muda Johor-Riau (1753-1755) namun perasaan cemburu antara pembesar Melayu dan Bugis masih tebal lagi.Ini dapat kita perhatikan bila timbulnya perselisihan antara Sultan Sulaiman dengan Daing Kemboja dalam hal mengenai bantuan Sultan Sulaiman terhadap anak saudaranya iaitu Raja Buang (putera Raja Kecil dengan tengku Kamariah ) dalam perebutan takhta Kerajaan Siak dengan Raja Alam. Dalam konflik di Siak ini juga kita dapati bahawa pihak Belanda telah terlibat secara langsung dalam memberi bantuan yerhadap Raja Buang.Akhirnya Raja Buang telah memenangi peperangan ini. Pada Febuari 1756 Sultan Sulaiman telah melawat Melaka sebagai tanda terima kasih baginda terhadap bantuan Belanda terhadap Raja Buang .Dalam lawatan beginda ini juga ,baginda telah mendatangani perjanjian dengan pihak Belanda mengenai monopoli pemborongan Bijih Timah di Selangor,Kelang dan Linggi.Perjanjian ini telah mengugat kedudukan Bugis di kawasan ini.
Akhirnya Pihak Bugis cuba menguatkan cengkamannya di Selangor khususnya langkah yang diambil ooleh Raja Lumu.Raja Lumu telah mengambil langkah meminta Nobat daripada Sultan Perak. Ini adalah kerana ia tidak mahu terus berada di bawah Kerajaan Johor-Riau dan sebab-sebab ekonomi khususnya perdagangan Bijih Timah yang cuba di monopoli oleh Belanda.Jika raja Lumu menjadi Sultan Selangor maka segala urusan yang berkaitan dengan perdagangan perlu melalui baginda khususnya perjanjian-perjanjian yang dibuat..Raja Lumu telah di Nobatkan di Perak lalu di beri gelaran Sultan Sallehudin.Apabila raja lumu pulang ke Selangor sekali lagi beliau di Nobatkan Oleh para pemebesar melayu.Akhirnya baginda mangkat pada 1778.
Selepas kemangkatan Raja Lumu pada 1778 maka baginda telah digantikan oleh putera sulungnya iaitu Sultan Ibrahim yang dilantik oleh Yamtuan Muda Kerajaan Johor-riau pada waktu ini iaitu Raja Haji.Manakala Raja Nala (adik Raja Lumu) pula adalah telah dilantik menjadi Yamtuan Muda Selangor. Sewaktu pemerintahan Sultan Ibrahim Selangor telah berlaku konflik antara Belanda di Melaka dengan Raja Haji.Konflik ini adalah bermula bila terjadinya peristiwa di mana pada 1782 Gabenor Belanda di Melaka (Pieter Gerurdus De Bruijn ) telah mengarahkan Seorang Kapten Perancis (Mathurin Barbaron )menawan sebuah kapal British yang berlabuh di perairan Pulau Bayan dalam kawasan Johor-Riau. Kapal British itu adalah bernama Betsy yang diketuai oleh Kapten Robert Gaddes dan membawa 1254 peti candu.Bila kapal ini berjaya dirampas maka muatannya telah dijual lalu hasilnya di bahagi antara Belanda dan Kapten Perancis sahaja. Setelah Raja Haji mengetahui mengenai hal ini maka ia telah menuntut bahagiannya kerana menurut perjanjian antara Johor dan Belanda mana-mana rampasan yang dibuat oleh Belanda dalam perairan Johor hendaklah di bahagi dua .Walaubagaimana pun Gabenor Belanda cuba berdalih dengan menghantar seorang kapitan Melayu Dan pegawai Belanda Untuk membuat perundingan di Muar dengan Raja Haji.Namun perundingan ini telah gagal kerana belanda tetapo mengatakan bahawa Raja Haji tetap tidak berhak dan Raja Haji berkeras Mahukan bahagiannya.Akhirnya Raja Haji menjadi marah lalu memulangkan surat perjanjian kepada belanda dan selepas itu beliau telah menjadi musuh utama belanda dengan menyerang kapal perdagangan di Selat Melaka untuk mengangu perdagangan Belanda.
Belanda telah bertindak balas di mana Belanda telah menghantar satu angkatan perang menyerang Raiu dengan kekuatan 6 buah kapal dan 910 askar .Angkatan ini telah diketuai oleh Togar Aboe .Walaubagaimana pun amngkatan ini telah gagal menawan Riau kerana tentangan yang hebat daripada Raja Haji. sept 1782 Belanda telah menghantar bantuan dengan menghantar 7 buah kapal dengan 594 anak kapal namun masih gagal menawan Riau. Akhir 1782 Belanda sekali lagi menghantar bantuan untuk menyerang Riau sebanyak 17 kapal kecil dan 600 askar.Angkatan ini adalah diketuai oleh Kapal Malakka's Welvaran .Dengan penghantaran bantuan ini angkatan Belanda Ingin melancarkan serangan besar-besaran keatas Riau.
Peperangan ini telah sampai kepengetahuan Sultan Ibrahim Selangor.Baginda merasakan bahawa ia perlu membantu Raja Haji dengan melancarkan serangan ke Melaka.Baginda dan adiknya Raja Nala telah bergerak ke Rembau untuk berunding dengan penghulu di sana .Akhirnya penghulu Rembau bersetuju untuk membantu baginda.Angkatan Selangor dan Rembau telah mara ke Melaka Hingga berjaya memusnahkan sepanjang kawasan dari Sungai Baru hingga ke Batang tiga.Baginda pun mendirikan kubu di Batang Tiga .Setelah berjaya mendirikan kubunya di Batang Tiga Sultan Ibrahin berserta 30 hulubalang telah bertolak ke Riau untuk menemui Raja Haji pada Febuari 1784.Sewaktu di Riau baginda telah memujuk Raja Haji untuk Bersama-sama serang Melaka ,Walaupun ada para pembesar tidak mahu Raja Haji tidak Turut sama namun Raja Haji tetap berkeras untuk pergi atas alasan bahawa anak saudaranya sendiri yang datang menjemput,pihak Selangor dan Rembau sedang menyabung nyawa menentang Belanda di Melaka dan perjuangan ini adalah untuk men entang orang Kafir (fisabililah ). Akhirnya pada 13 Febuari 1784 Raja Haji telah bertolak ke Melaka untuk membantu pasukan Selangor dan Rembau.Beliau telah mendirikan kubu pertahanan di Tanjung Palas untuk mwnghadapi Belanda.25 febuari 1784 kita dapati angkatan Bugis mula menyerang dan menawan Punggur,duyung,,Ujung pasir,Bunga raya,Bandar hilir,Bukit Cina dan Tanjung keling.
Gabenor belanda di Melaka telah meminta bantuan daripada Betawi.1 Jun 1784 maka bantuan daripada Betawu telah tiba yang di ketuai oleh Jacob Pieter Van Braam yang terdiri daripada 6 buah kapal besar dan beberapa kapal kecil beserta 2130 tentera. Dengan kehadiran bantuan ini maka kubu Raja Haji dan Sultan Ibrahim telah di bedil dengan hebatnya. 16
Pada 18 Jun 1784 seramai 734 askar Belanda telah mendarat diteluk ketapang menyebabkan terjadinya petempuran sengit antara pasukan Raja Haji dengan Belanda.Dalam keadaan begini Raja Haji telah beruang dengan hebatnya namun akhirnya sebuah peluru telah berjaya mengenainya.Ekoran daripada peristiwa terbunuhnya Raja Haji ini maka pasukan Johor dan Selangor telah berundur ke tempat masing-masing. 18Setelah pengunduran pasukan Johor dan Selangor maka belanda pula telah bertindak balas. 13 Julai 1784 maka angkatan Belanda yang di ketuai oleh Jacob Pieter Van Bram dan di bantu oleh angkatan siam di bawah pimpinan Raja Muhamad Ali telah berangkat untuk menyerang Kuala Selangor. Pasukan ini telah sampai di Kuala Selangor pada 2 Ogos 1784 maka terjadilah pertempuran yang sengit.Pada hari yang sama angkatan Belanda yang lengkap dengan Senapang dan senjata moden yang lain telah berjaya menawan Kota Kuala Sealngor. Sultan Ibrahim dan pengikutnya telah melarikan diri ke Pahang19Sewaktu di Pahang baginda tela h bertemu Bendahara Tun Abdul Majid.
Setelah berjaya menawan Kauala Selangor Belanda telah melantik Raja Muhamad Ali B Raja Alam menjadi pemangku Yang Dipertuan Selangor dan dibantu oleh Syaid Ali.Walaubagaimana pun Raja Muhamad Ali telah diarahkan balik ke Siak oleh Belanda pada akhir tahun 1784. Baginda telah digantikan oleh Syaid Ali.20 Walaubagaimana pun Syaid Ali tidak di iktiraf oleh pembesar Selangor.Pada 27 Jun 1785 Sultan Ibrahim dengan bantuan 2000 orang Pahang telah menyerang Belanda secara mengejut 28 Jun 1785 Belanda terpaksa berundur daripada Kota Kuala Selangor dan balik ke Melaka.21 pada Julai 1785 Belanda telah menghantar 3 buah kapal perang mengepung Kuala Selangor.Rakyat berada dalam kesusahan kerana bekalan makanan tersekat lalu Sultan Ibrahim buat perjanjian damai dengan belanda pada 29 Jun 1786.
BIBIOGRAFI
1)Haji Buyong Adil,SEJARAH Selangor,Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur,1971.
2)Haji Buyong Adil,Perjuangan orang melayu menentang penjajahan abad15-19, Dewan bahasa dan pustaka,Kuala Lumpur.
3)G P Darthford,A short history of malaya.
Hak cipta © : Abdul Minin