Make your own free website on Tripod.com
Politik Malaysia

K J Ratnam telah menghasilkan penulisan penulisan seperti'Communalisme and political process in malaya',Tecnology and society', 'Real estate ureal value :the roal of speculation in the malaysia property market', 'Sosial scientce respondse to policy need:four case study from asia:India', 'The social scientist in southeast asia', 'Urban land ownship in peninsular malaysia', 'The development of a nation intergrated data system for malaysia' ,'New state in new nation:political development of sarawak and sabah in malaysia', 'Constitutional government and the plural society ', 'The malayan parlimentry election of 1964-1967'.Kita akan melihat serba sedikit antara karya beliau dan pandangan mengenai penulisan hasil beliau.

Dalam penulisan artikel asian survey beliau telah menulis artikel yang bertajuk 'Pattern and peculiarities of voting in sabah 1967' menonjolkan bahawa politik sabah mengalami perkembangan yang sangan istemewa iaitu setiap parti yang lahir adalah memperjuangkan kepentingan kaum tertentu dan dapat sokongan tertentu disabah .Sebagai contah United Sabah National Organization (USNO) adalah mendapat sokongan kebanyakannya daripada muslim yang terutamanya daripada kaum Bajau.United Passokmomogun Kadazan Organization (UPKO)) dapat sokongan daripada kadazan serta murut.1Walau bagaiman pun ujud juga kawasan yang tidak mementingkan bangsa dan agama seperti kawasan Bengkoka Bangi yang ramai kadazan namun dimenangi oleh USNO2.Ujudnya sokongan terhadap parti USNO daripada kaum selain Bajau adalah dikatakan sebab::

1)7% Kadazan adalah muslim yang lebih suka mengundi USNO.
2)Kadazan muslim adalah membantu meninggikan undi USNO dikawasan ramai pebduduk

Kadazan.Walaupun kenyataan ini telah dipersoalkan.3

Dalam 'Journal of southeast asian history volume 2' pula beliau telah menulis sebuah artikel bertajuk 'Constitutional government and the plural society 'beliau telah menghuraikan tentang bahawa sesebuah kerajaan dalam mana-mana sebuah masyarakat majmuk adalah bergantung kepada perpaduan kaum yang berbeza.4Bagi menjamin keharmonian masyarakat beliau menyarankan ada dua pendekatan yang penting iaitu asimilasi dan akomindasi.5Asimilasi adalah penyerapan budaya iaitu budaya kaum minoriti akan diserap oleh budaya kaum mejoriti.6Akomondasi pula adalah pengabungan budaya.Asimilasi adalah boleh digunakan dimana kaum minoriti akan bersedia untuk diasimilasikan kedalam kaum majoriti.Ini akan mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang berbeza.7Beliau juga menyatakan bahawa pelaku politik dan identiti kaum adalah tidak semestinya bersifat naluri semata-mata. Antara yang akan menjadi masalah kepada kerajaan bila sesebuah nehara adalah masyarakat majmuk adalah pengundian kuasa dan hak pengundian.Beliau member ikan contoh seperti apa yang berlaku diselatan Rhonesia sehingga 1958 dimana pemilihan kuasa adalah bergantung kepada hak pengundian yang diberikan oleh Britis.8 Beliau juga menyatakan bahawa isu bahasa juga adalah telah menjadi faktor politik 9Sebagai contoh kita dapati bahawa sebelum terbentuk perlembagaan persekutuan tanah melayu isu Bahasa Melayu telah menjadi perbahasan politik yang hangat dikalangan kaum.10 Antara cadangan yang beliau kemukakan untuk mengatasi masalah ini adalah formula persekutuan seperti pembentukan persekutuan tanah melayu.11

Dalam buku beliau yang bertajuk 'Malaysia-new state in a new nation' beliau adalah enghuraikan bahawa politik malaysia adalah sebuah politik berparti.Buku ini juga adalah lebih mengkhusus kepada kawasan Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.Menurut beliau banyak parti yang muncul pada kedua-dua negeri in selepas kemasukannya kedalam Malaysia.Sebagai contoh parti yang lahir dan berjuang di Sarawak adalah SNAP,PANAS ,PESAKA,BERJASA,SUPP dan Sarawak Chinese Assciation (SCA).Manakala di Sabah pula kita dapati telah muncul Sabah Chinese Assiciation (SCA),United Sabah National Organization (USNO),United posokmomogun Kadazan Organization (UPKO) dan UNKO.12Beliau juga berpendapat bahawa wang juga adalah agenda yang penting dalam politik kedua-dua negeri ini kerana ia dapat mempengaruhi ahli politik dan memberi pegaruh kepada seorang yang inggin menjadi ahli politik.Mereka berdua berpendapat bahawa antara sumber kewangan politik kedua-dua negeri ini iaitu Orang Cina yang kaya ,penduduj tempatan yang kaya dan b antuan kewangan daripada institusi kewangan.13Sebagai contoh mereka menyatakan bahawa dengan bantuan ahli politik maka seseorang yang inggin memohon lesen kayu balak akan menjadi mudah mendapatkannya.14

Untuk menyingkap mengenai pendapat para penulis lain tentang hasil karya beliau kita dapat melihatnya dalam tulisan Gerald S Maryanov yang bertajuk 'Political parties in mainland malaya' dalam 'Journal of south asian history Volume 8.Dalam penulisannya beliau menyatakan bahawa untuk melihat sumber yang paling baik digunakan untuk menerangkan tentang politik berparti di Malaya seperti bagaimana untuk mengkategorikan parti yang ujud di Malaya.sumber yang beliau maksudkan adalah Tulisan K J Ratnam iaitu 'Communalisme and political process in malaya'.Ini membuktikan bahawa tulisan K J Ratnam juga adalah memberikan sumbangan yang penting dalam membicarakan suasana politik malaya Ketika penulisannya.15

Seterusnya kita melihat kepada buku utama yang inggin dibicarakan iaitu ;Communalisme and political process in malaya' atau terjemahannya 'Fahaman perkauman dan proses politik di malaysia'.Dalam bukunya ini beliau adalah membicarakan bagaiman beliau melihat proses politik dimalaysia khususnya selepas perang dunia kedua dan pada waktu persekutuan tanah melayu hampir mencapai kemerdekaan.Beliau menyatakan pada waktu ini potitik malaya adalah amat dipengaruhi oleh perasaan perkauman yang tebal dikalangan rakyat termasuklah dalam bidang politik.Akibat daripada permasalahan ini maka beliau mendapati bahawa telah mewujudkan masalah yang genting dan memerlukan penyelesaian segera.Hasil daripada proses perkauman ini juga telah terjadi pemecahan politik dimana setiap kumpulan politik yang lahir akan membawa kepentingan dan haluan masing-masinguntuk mendapat kejayaan.Konflik politik ini juga adalah dikatakan tidak terlepas daripada persaingan dalam perjuangan ekonomi yang dianggap sebagai isu penting dan per lu dicapai oleh setiap kumpulan.Buku ini juga menerangkan bagaimana ujudnya persoalan pokok dalam politik timbul akibat proses perkauman.

Pokok masalah yang rumit pada mulanya adalah perpaduan nasional.K J Ratnam melihat pada peringkat sebelum merdeka politik perkauman telah ujud dimana setiap kaum memperjuangkan haluan masing-masing.Antara penyebab perkara ini adalah kerana perbezaan bangsa (setiap kaum ada adat,agama dan kebiasaan masing-masing),perbezaan lokasi kediaman yang berbeza dimana Bumiputera adalah banyak tertumpu dikawasan pantai tiomur semenanjung Malaya dan bukan Bumiputera banyak tertumpu dikawasan pantai barat semenanjung Malaya menyebabkan ujudnya batasan perhubungan antara kaum. 16Dari segi sejarah kita dapati bahawa Kaum Melayu adalah mempunyi pertalian yang rapat dengan sejarah Malaya manakala Bukan bumiputera pula adalah tidak.Aspek ini dapat kita lihat kerana Kaum Melayu afdalah penduduk peribumi Tanah Melayu manakala Kaum lain adalah imigran yang datang atas sebab ekonomi dan politik.17

Kalau melihat konsep politik antara ketiga-tiga kaum ini kita dapati bahawa ianya adalah amat berbeza.Sewaktu sebelum kemerdekaan politik Melayu adalah banyak dipengaruhi oleh gerakan pembaharuan islam dan keadaan politik Indonesia.Pembaharuan islam telah menyebabkan politik melayu diberi nafas baru untuk lebih agresif menuntuthak walaupun Melayu telah terpecah kepada dua golongan iaitu kaum muda dan kaum tua.Manakala pengaruh Indonesia pula dapat kita lihat bila politik komunis meresap kedalam politik melayu malaya yang menuntut oerjuangan lebih agerisif. 18Seiring dengan politik melayu yang semakin memuncak telah mewujudkan kesedaran betapa mereka perlu menyaingi kaum lain dalam bidang ekonomi untuk membentuk keseimbangan.19

Bagi pihak bukan bumiputera pula kita lihat kaum India.Bagi kaum India kita dapati bahawa ketika ini politik mereka agak pasif kerana faktorv politik bagi mereka tidak membawa apa-apa pengertian.Walaubagaimana pun kita adapati selepas kunjungan Nehru ke malaya maka tertubuhlah Persatuan India Pusat.20Sewaktu zaman pendudukan jepun di Tanah Melayu kaum India telah menubuhkan Liga Kemerdekaan India.Manakala kaumCina pula kita dapati adalah agak aktif sewaktu penjajahan Britis lagi.Menjelang 1911 mereka telah memberikan sokongan kepada revolusi China dengan memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan.Selepas itu kita dapati mereka telah menubuhkan Kuomintang yang berdaftar namun Kuomintang akhirnya terpaksa dibubarkan kerana mendapat tekanan hasil daripada kemasukan pengaruh komunis kedalamnya.21Melihat kepada penyataan diatas adalah terbukti bahawa Tanah Melayu adalah mengalami pepecahan dari segi politik sehingga pada waktu ini perpaduan nasional adalah amat sukar dibentuk.

Soal kewarnegaraan pula adalah kita adapati adalah faktor pepecahan antara kaum yang terjadi.Faktor ini adalah faktor yang diangap paling kritikal pada waktu ini.Sewaktu hampir kemerdekaan kita lihat ujudnya konflik yang amat jelas tentang soal kewarnegaraan antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera.Bagi kaum bumiputera iaitu Melayu mereka mahu pemberian kewarnegaraan adalah diperketatkan untuk menjamin kedudukan mereka dalam pembentukan persekutuan Tanah Melayu. 22Kaum bukan bumiputera pula iaitu Cina dan India mahu kewarnegaraan diberikan secara Jus Soli iaitu setiap yang lahir dalam persekutuan Tanah Melayu adalah berhak mendapat kewarnegaraan daripada kuatkuasa umdang-undang.Ini mereka suarakan bila mereka merasakan mereka ada kekuatan ekonomi (terutamanya Cina) dan bilangan yang menyebabkan mereka diterima esbagai warnegara.Walaupun begitu ada yang menyetakan mereka tidak cukup serius dalam perjuangan.23

Petentangan ini telah mewujudkan banyak masalah dalam arena politik Tanah Melayu ketoika itu.Soal yang paling asas adalah ,kewarnegaraan itu adalah lambang asimilasi dan kesetiaan yang menyebabkan banyak pihak menuntut kelebihan dalan soal ini hingga membawa pecakaran yang mengugat kestabilan negara.24Masalah seterusnya adalah tuntutan kewarnegaraan Jus Soli menyebabkan ujudnya pertentangan hebat antara Orang Melayu dan bukan melayu.Orang Melayu adalah menyatakan bahawa kelahiran adalah bukannya syarat utama kearah memberikan kerakyatan namun bagi orang bukan melayu mereka berangapan sebaliknya.25Semua ini adalah menunjukan adanya usaha dalam mewujudkan penghadan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.Penghadan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu entiti rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang lebih bersatu padu dan matang.Ini amat memerlukan kesedaran politik bersama yang bersifat Persekutuan Tanah Melayu yang bukan berlandaskan kaum semata-mata.25Menyentuh penyelesaian yang dibuat dalam soal ke warnegaraan adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Antara syarat yang penting adalah seseorang itu mestilah bermastautin dan lahir dalam persekutuan ,tahu berbahasa melayu dan mengangkat sumpah taat setia .ini memperlihatkan bahawa syarat kewarnegaraan telah diperketatkan.26Penyelesaian ini adalah menunjukan pada awal kemerdekaan perpaduan telah mula dicapai bila ujudnya tolak ansur antara kaum terutamanya denganterbentuknya parti perikatan.

Selepas itu kita dapati satu lagi faktor yang beliau huraikan adalah masalah hak keistemewaan orang-orang Melayu.Hak keistemewaan orang -orang Melayu ini adalah mengenai isu bahasa,agama,tanah simpanan,penerimaan keperkhidmatan awam,.lesen untuk pernigaan dan pendidikan contohnya biasiswa Jika hak keistemewaan ini ditarik balik maka dikatakan kedudukan orang melayu adalah dalam keadaan bahaya .27Jadi hak istemewa ini telah diberikan kepada mereka memandangkan sebab kemunduran ekonomi dan sosial serta pemberiaan keutamaan tertentu yang memberikan manafaat yang penting bagi mereka.28Pemberian ini bukanlah mutlak kerana ia cuma sebagai suatu perlindungan .29Manakala bukan melayu pula telah mengemukakan tuntutan mereka dengan menggunakan demokrasi bagi memperolehi hak-hak dan keistemewaan.30

Menyingkap soal agama kita dapati bahawa keinginan untuk menegakan Agama Islam sebagai agama rasmi telah mewujudkan nasionalisme Melayu dan badan agama yang bersifat politik.31Sewaktu penjajahan kita dapati walaupun raja adalah berkuasa dalam agama islam namun perundangan yang berkaitan dengannya perlukan persetujuan gabenor.Ini adalah tidak disukai oleh orang Melayu kerana gabenor tidak harus dikaitkan dengan hal ehwal agama islam.32Walaubagaimana pun kita dapati bahawa pengenalan agama islam ditiap-tiap negeri adalah tidak mendapat tentangan daripada kaum bukan melayu.33Hingga 1957 kita dapati pengubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah menetapkan bahawa Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan .Hal ini adalah menunjukan pakatan perikatan telah berjaya merealisasikan hasrat UMNO yang mahu Agama Islam menjadi agama rasmiAgama ini adalah amat berkaitan dengan unsur politik iaitu ia menjadi asas perpaduan bagi orang-orang Melayu khususnya bagi mewujudkan semangan nasionalisme.34

Menyentuh soal bahasa pula kita dapati bahawa ia juga soal yang penting kerana menyentuh soal komunakasi dan pelajaran nasional.35Ini adalah kerana satu sukatan pelajaran perlu diujudkan sepertimana laporan Razak 1956.Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi persekutuan yang penting dalam perkhidmatan awam ,pelajaran dan latihan khususnya latihan perguruan.36Sewaktu pembentukan Persekutuan Tanah Melayu kita dapati beberapa pertubuhan telah memperjuangkan agar bahasa melayu menjadi bahasa rasmi.Walaubagaimana pun kita dapati bahasa lain masih boleh digunakan seperti bahasa Inggeris yang masih boleh digunakan dalam parlimen dan Mahkamah atas keperluan tertentu.37Bagi orang bukan melayu pula kita dapati bahawa mereka adalah mahukan suatu penyatuan kebudayaan bukannya penyelesaian yang keras dan memenuhi keingginan orang Melayu semata-mata.Ini dapat dilihat bilamana mereka masih berkiblat pada bahasa masing-masing contohnya dalam bidang pendidikan contohnya sekolah Cina masih menggunakan bahasa pen ghantar Cina.38Ini adalah membuktikan Orang Melayu dan bukan Melayu adalah mengalami sedikit ketidaksamaan dalam pembinaan bahasa kebangsaan.

Menyentu soal pembinaan pemerintahan perlembagaan dimalaysia beliau adalah menyatakan bahawa ujudnya ketidaksamaan dan ketidaksepakatan pada mulanya antara kaum yang berbilang di Malaya bila melihat parti yang mewakili meraka.menyentuh sejaran pada mulanya sewaktu pemerintahan Britis negeri-negeri melayu adalah dekenali sebagaim negeri-negeri melayu bersekutu,negeri-negeri melayu tidak bersekutu dan negeri-negeri selat.39Sewaktu ini kita dapati bahawa ujud ketidak puashatian terhadap pem,erintahan Britis yang membawa kesedaran kepada pihak Britis agar mewujudkan dasar pengagihan kuasa pusat yang dikenali sebagai disteralisasi yang jelas merengut keperibadian dan kewibaan pembesar melayu kerana kuasa berpusat ditangan residen jeneral.40Akibat daripada tekanan daripada orang-orang Melayu maka akhirnya kita dapati membawa kepada penubuhan Kesatuan Malaya.selepas perang dunia kedua.Walaubagaimana pun kita dapati bahawa penubuhan kesatuan Malaya ini juga adalah ditentang hebat oleh orang Melayu kerana di tubuhkan dengan paksaan terhadap raja-raja melayu hinggakan orang Melayu kehilangan hak mereka..Akhirnya untuk memerdekakan Tanah Melayu maka Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan ,Namun pada awalk penubuhannya maka kita dapati ujudnya reaksi dan sentoimen yangb berbeza antara kaum bum,iputera dan bukan bumiputera.

Melihat perkembangan ini kita dapati bahawa politik orang-orang Melayu kita dapati membuat kecaman yang hebat kerana kesatuan Malaya telah melenyapkan hak istemewa mereka telah dilucutkan.Manakala Mc Michale telah memaksa raja-raja Melayu.Soal kelongaran keraakyatan juga telah akan membawa kepada proese pengundian yang menjejaskan Orang-Orang Melayu . perjuangan politik.41Orang Melayu tadalah di bawah pimpinan Tuanku Abdul Rahman .Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi menyebabkan Britis sedar akan bahayanya tentangan orang melayu ini.Akhirnya Britis telah berunding dengan parti politik yang ujud terutamanya UMNO untuk membentuk persekutuan tanah melayu.42

Bagi Kaum Bukan Melayu amatlah berbeza debgan Orang Melayu.merasa bahawa kedudukan mereka dalam kesatuan Malaya adalah sudah wajar dan pendapat mereka harus diambil perhatian.Menurut Hindu B Lin iaitu setiausaha Malayan Demokratic Union menyatakan bahawa melalui Perjanjian Pangkor dan Perjanjian sreterusnya adalah bukti raja-raja Melayu telah menyerahkan kuasa kepada Briris.43Golongan bukan Melayu ini telah berjuang melalui MCA dan MIC.,Walaupun begitu kedua-dua parti ini telah bergabung dengan UMNO untuk menubuhkan perikatan dalam mencari jalan penyelesaian untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu.44

Melihat langkah yang diambil oleh Britis kita mendapati bahawa mereka sedar perlunya mewujudkan Tanah Melayu yang disukai semua kaum.Jawatan kuasa kerja telah dibentuk untuk merangka Tanah Melayu yang baru.45Jawatankuasa ini telah memustuskan Tanah Melayu menjadi sebuah' negara Melayu' dengan cara mengetatkan kewarnegaraan dan beri kuasa yang lebih kepada sultan.46 Usul ini telah ditentang oleh orang bukan melayu yang disuarakan oleh Hindu S Lee yang mahukan ahli bukan melayu ditambah dalam dewan perundangan kerana alasan ekonomi,47Untuk tunjukan bantahan mereka telah mengadakan hartal pada 20 Oct 1947.Walaubagaimana pun selepas tertubuhnya perikatan kita dapati tolak ansur telah dicapai dan Persekutuan Tanah Melayu telah tercapai.48

Dalam bukunya ini beliau juga menegaskan bahawa sistem politik Malaya adalah amat berkait rapat dengan politik berparti akibat keadah demokrasi yang dipraktikan.Bagi kaum India sebelum 1952 mereka adalah diwakili oleh Kongres India Smalaya (MIC) iaitu sebelum pembentukan Persekutuan Tanah Melayu hinggalah waktu selepas itu.MIC adalah parti perantaraan kaum India untuk mereka suarakan pendapat mereka..Parti ini adalah ditubuhkan mengikut undang-undang .Parti ini adalah mendapat ilham yang penting daripada kejayaan gerakan kemerdekaan India.49Selepas 1952 patti MIC telah menyertai perikatan.Bagi kaum Cina pula sebelum 1952 mereka adalah diwakili oleh Persatuan Cina Malaya (MCA).MCA adalah bertujuan untuk bekerjasama dengan Britis dan menyatupadukan kaum Cina.50MCA adalah tungak [perjuangan kaum Cina dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu .Walaubagaimana pun kita dapati bahawa mereka tetap ,ahu berbaik-baik dengan orang Melayu seperti yang dibayangkan melalui ucapan presidennya Ta n Cheng Lock .51Selepas 1952 maka MCA juga telah bergabung dengan UMNO dan MIC untuk membentuk perikatan.

Bagi melihat politik Orang Melayu pula kita dapati begitu banyak parti yang muncul untuk memperjuangkan hak mereka.Antara parti yang muncul itu adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO),Parti Kebangsaan Melayu (PKM),Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), dan Parti Islam Se Malaya (P I S).Parti yang agak menonjol sekali sama ada sebelum 1952 atau selepasnya adalah UMNO.UMNO adalah perjuangkan hak Orang Melayu khususnya semasa penentangan terhadap Malayan Union dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.52Selepas 1952 UMNO telah bergabung dengan MIC dan MCA untuk membentuk perikatan.53Perikatan telah berjuang bersama-sama dalam beberapa siri Pilihanraya untuk menuju kearah kemerdekaan contohnya Pilihanraya Kotaraya Kulal Lumpur 1952.54Kewujudan perikatan ini adalah bukti betapa ujudnya persefahaman antara 3 kaum yanhg terbesar ini.

Sebagai rumusannya maka dapatlah kita katakan bahawa penulisan beliau adalah banyak berkisar dalam bidang yang berkaitan dengan politik malaysia terutamanya yang melibatkan kaum-kaum yang berbeza iaitu Melayu,.Cina dan India.menurut beliau lagi penyatuan kaum dimalaysia di capai bila ujudnya rasa inggin bertolak ansur dan perjuangan bersama dalam pilihanraya untuk kestabilah negara. Menyebabkan adanya usaha kearah penyatuan.55Perpaduan ini tercapai bila kaum lain yang mahu perjuangan yang sama dengan Orang Melayu.56Perhubungan pergolakan dan penyatuan di malaysia adalah bukan berdasarkan prasangka semata-mata dan perbezaan ini berlaku secara tidak langsung yang ada hubung kait dengan politik.57Walaupun telah dapat kita lihat ujudnya penyatuan namun kita dapati tetap ujud perbezaan perpisahan kebudayaan yang berlaku dalam persepakatan.58Perbezaan dalam persepakatan ini dapat kita lihat dalam perikatan UMNO,MIC dan MCA,59

Hak cipta © : Abdul Minin