Make your own free website on Tripod.com
Penentangan Di Perak

Sebelum perjanjian pangkor di tanda tangani pada 20 januari 1874 kita dapati bahawa campurtangan britis di perak telah di protes oleh pembesar tempatan yang sedar bahawa campurtangan britis di perak cuma akan mengugat kewibawaan dan kuasa mereka. Antara menteri yang terlibat adalah datuk maharajalela dan sultan ismail sendiri.Kedua-dua tokoh ini adalah menentang dengan cara tidak hadir pada majlis menandatangani perjanjian pangkor Ini adalah suatu penentangan dan protes orang perak kepada campur tangan Britis.

Walaubagaimana pun,kita dapati bahawa perjanjian pangkor tetap ditandatangani pada 20 januari 1874.Selepas perjanjian ini ditandatangani ramai pembesar yang menandatanganinya adalah sedar bahawa mereka adalah telah ditipu oleh inggeris. Beberapa orang tokoh seperti menteri Ngah Ibrahim ,Laksmana ,Syahbandar dan beberapa orang lagi telah bermesyuarat utuk membatalkan perjanjian pangkor .Mereka telah bertindak mengupah seorang peguam daripada negeri-negeri selat untuk membawa perkara ini ke London .Mereka berangapan kalau perkara ini dibawa kelondon maka parlimen britian akan membatalkan perjanjian ini. Walaubagaimana pun usaha yang mereka lakukan ini adalah telah gagal .

Semasa ketiadaan residen yang dilantik oleh pihak britis selama 10 bulan iaitu dari januari 1874 hingga november 1874 Sultan Abdullah adalah telah menjalankan pemerintahan seperti biasa .Antara tindakan yang dibuat oleh Sultan Abdullah adalah telah mengeluarkan surat pajakan kepada seorang saudagar cina yang bernama LEE melalui syahbandar syahbandar dengan bayaran sebanyak 26000 setahun.Perkara ini juga nanti akan menjadi punca konflik antara inggeris dan orang-orang melayu.

Berdasarkan perjanjian pangkor yang ditandatangani pada 20 januari 1874 maka pada november 1874 J.W.W Birch telah dilantik sebagai residen perak yang pertama .Beliau adalah seorang yang agak berpengalaman khususnya dalam soal pentadbiran .Sewaktu menjadi residen beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan yang drastik dan bertentangan dengan norma-norma atau amalan kebiasaan masyarakat melayu. Pembaharuan yang dilaksanakan oleh beliau adalah menjadi asas penting penentangan dan protes masyarakat melayu perak terhadap orang-orang britis selepas campurtangan secara langsung britis di perak.\

Sewaktu menjalankan tugas sebagai seorang residen beliau telah mengamvbil alih peranan pembesar melayu dalam hal pungutan cukai .Beliau telah mengenakan peraturan bahawa setiap pungutan cukai cuma akan dijalankan oleh pegawai yang dilantik sahaja .Para pembesar adalah ditegah daripada memungut cukai kecuali mendapat perlantikan daripada pihak britis .Mana-mana pembesar yang memungut cukai tnpa kebenaran akan dikenakan tindakan .Beliau juga telah menyusun semula cukai pajak candu ,arak,judi,permit balak perahu, senjata ,dan pemotong atap .Semua ini adalah memberi implikasi kepada para pembesar .Undang-undang yang diperkenalkan ini adalah bukan sahaja telah menyebabkan para pembesar hilang punca pendapatan tapi juga telah menyebabkan amalan tradisi selama ini yang menerangkan bahawa para pembesar adalah berkuasa dalam kawasan masing-masing termasuklah dalam soal pungutan cukai 1

J.W.W Birch juga telah memperkenalkan penghapusan perhambaan yang menjadi tradisi turun temurun masyarakat melayu. Birch adalah tidak membenarkan lagi para pembesar menyimpan hamba dan beliau juga telah bertindak melindungi para hamba yang melarikan diri .Ini adalah amat bertentangan amalan orang melayu khususnya para pembesar yang memang akan mempunyi hamba sendiri. Walaubagaimana pun keikhlasan dan ketelusan Birch dalam menghapuskan perhambaan adalah masih diragui. Ini adalah kerana kebanyakan hamba yang dilindungi oleh Birch adalah perempuan. Malahan pernah dikatakan Birch ada membawa seorang perempuan melayu kepulau pangkor dengan memakai pakaian cina .Langkah yang diambil oleh Birch ini adalah adalah amat diragui oleh orang melayu kerana ia adalah satu gambaran negatif yang bertentangan dengan norma-norma orang melayu .

Semasa menjalankan tugas Birch juga di katakan sebagai seorang yang tegas.Beliau adalah menjalankan dasar pentadbiran yang agak keras terhadap perlaksanaan segala arahan dan permintaan beliau. Birch adalah di katakan telah mendesak sultan dan para pembesar mensetujui segala arahan dan pembaharuan yang beliau buat.Sebagai contoh beliau adalah pernah mendesak Sultan Abdulah untuk menandatangani surat peristiharan tentang segala pembaharuan yang telah beliau buat. Pada mulanya Sultan Abdullah adalah enggan kerana risau kuasa baginda akan terjejas. .Birch telah mengugut baginda bahawa jika baginda tidak menandatangani surat tersebut maka Raja Yusof akan dijadikan sultan.Akhirnya Sultan Abdullah telah menandatangi surat tersebut kerana takut diturunkan takhta. Ini menimbulkan rasa tidak puashati baginda terhadap inggeris.2

Segala pembaharuan yang di buat oleh Birch ini telah memberi kesan yang besar terhadap Sultan Abdullah dan para pembesar melayu perak .Sultan Abdullah dan para pembesar perak adalah merasa bahawa bahawa kedatangan Birch ke perak adalah telah mengugat kuasa mereka dan bukan sebagaimana yang di terangkan dalam perjanjian pangkor iaitu menjadi penasihat sultan sahaja. Aspek ini telah membawa kepada penyatuan para pembesar,Sultan Ismail dan Sultan Abdullah. Ini terbukti sewaktu Sultan Abdullah dan Birch hendak kerumah Raja Ismail untuk mengambil alat kebesaran. Sebelum kesana Sultan Abdullah telah mengirim utusan terlebih dahulu untuk memberitahu Raja Ismail agar tidak menyerahkan alat kebesaran tersebut kepada Birch. Manakala Datuk Maharajalela telah membinakubu di pasir salak bagi menghadapi kemungkinan britis ingin memperkenalkan peraturan baru tersebut ke wilayahnya. 3

Sultan Abdullah telah menghantar surat bantahan yang di sokong oleh para pembesar perak kepada gabenor negeri-negeri selat iaitu Sir Andrew Clark. Dalam surat tersebut baginda telah mengkritik segala pembaharuan dan pentadbiran yang Birch jalankan di perak. Baginda adalah mengatakan bahawa Birch telah menjalankan tugasnya dengan tidak terlebih dahulu mendapat persetujuan sultan perak.Birch juga telah mencampuri urusan dalam hal memungut cukai yang selama ini adalah hak sultan dan para pembesar.Baginda juga meyatakan bahawa Birch telah melindungi hamba abdi dan mengumpulkan segala perempuan cantik di rumahnya serta ada perempuan cantik yang diserahkan kepada para pengawalnya .

Surat tersebut telah diserahkan kesingapura oleh Raja Idris,Datuk Laksmana Muhamad Amin dan Encik Muhamad Ashad .Walaubagaimana pun gabenor Sir Andrew Clark adalah tidak mempersetujui sega bantahan yang dibuat oleh Sultan Abdullah dan para pemesar perak.Malahan gabenor sendiri telah menyatakan bahawa seharusnya segala bantahan yang inggin di buat oleh para pembesar dan Sultan Abdullah adalah mestilah melalui Birch terlebih dahulu bukanya terus kepada gabenor. Andrew sendiri telah mengungkit-ungkit tentang jasa pihak inggeris yang telah menaikan Sultan Abdullah menjadi sultan .Andrew juga telah mengingatkan para pembesar dan Sultan Abdullah agar turut berkerjasama dengan gabenor negeri-negeri selat yang baru iaitu Sir Wiliam Jervois yang mula memegang jawatan pada mei 1875.4

Pada 21 mei 1875 sultan abdullah telah memanggil para pembesar untuk bermesyuarat tentang tindakan Birch yang semakin melampaui batas .Tempat yang dipilih adalah kampung Durian Sebatang .turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Raja Idris (putera Raja Bendahara Raja Alang Iskandar)Raja Musa (Putera Almarhum Raja Jaafar ),Laksmana Muhamad Amin,Datuk Seri Agar Raja,Datuk Syahbandar,Datuk Maharajalela Tok Muda Abdul Ghafur(bakal panglima bukit gantang) Raja Mahkota (wakil Raja Bendahara)Ngah Ibrahim Menteri Larut,Datuk Temenggung dan lain-lain lagi/.Manakala Raja Ismail cuma membarikan surat yang mengatakan bahawa baginda akan setuju walau apa pun keputusan yang di buat.Dalam rundingan mesyuarat bersetuju agar Birch di bunuh sahaja.Cara membunuh birch yang di cadangkan adalah dengan cara meracunnya,bermain hantu dan secara terbuka .Kita dapati bahawa cara meracuni dan bermain hantu adalah telah gagal .akhirnya keputusan membunuh birch secara terbuka terpaksa di buat. 5

Pada bulan sepetember 1875 gabenor Wiliam Jervois telah datang ke Perak uantuk bertemu dengan Raja Ismail di belanja dan Sultan Abdullah di kampung Gajah.Beliau adalah berpemdapat bahawa bukan sahaja Britis perlu campurtangan dalam hal ehwal Perak malahan perlu menakluki Perak. Dalam merealisasikan hasratnya ini beliau telah bertindak mengemukakan cadangan iaitu kerajaan Britis akan memberikan elaun kepada Sultan Abdullah dan para pembesar Perak jika pemerintahan Perak diserahkan kepada kerajaan Britis. Beliau telah membuat cadangan agar Raja Ismail menulis surat kepada gabenor agar dilantik menjadi sultan damun Raja Ismail telah menolaknya kerana Raja Ismail aalah tahu muslihat Britis. Manakala pada waktu yang sama Raja Yusof telah menulis surat kepada gabenor dengan permintaan baginda hendaklah diberi elaun .perkara ini telah disampaikan kepada Sultan Abdullah dan Birch telah memaksa Sultan Abdullah membuat perkara yang sama .Akhirnya Sultan Abdullah telah meminta Birch membuat surat bagi pihak baginda. Baginda juga telah istiharkan kepada semua para pembesar tentang penyerahan perak kepada britis di kampung pasir panjang.Ini tidak dipersetujui oleh para pembesar khususnya Datuk Maharjalela yang mana beliau mengancam akan menentang britis jika datang ke Pasir Salak. 6

Pada 1 november 1875 birch telah tiba di Pasir Salak.bersama pegawai tentera bernama leftenan Abbot,Mat Arshad(jurubahasa) dan askar sepoi. Sewaktu tiba di pasir salak birch telah mengarahkan Mat Arshad supaya berjumpa Datuk Maharajalela agar berjumpa beliau untuk menyambut kedatangannya. Semasa pemergian Mat Arshad LT.Abbot telah pergi keseberang iaitu Kampung Gajah untuk berburu dan Birch sendiri adalah pergi mandi di kapal rakitnya 7 Datuk Maharajalela adalah enggan berjumpa dengan birch sambil membuat pertanyaan kenapa harus dia yang berjumpa dengan birch.Walaubagaimana pun Birch telah mengeluarkan arahan kepada orang-orangnya agar menampal surat pemberitahuan tentang segala pembaharuan yang di buat .Segala surat yang di tampal oleh orang-orang birch telah di koyakan oleh penduduk kampung Pasir Salak. Semasa keadaan semakin tegang maka berlakulah kes yang begitu genting iaitu orang suruhan Birch iaitu Mat Arshad telah menampal surat peristiharan namun dikoyakan oleh Pandak Endut.Berlaku pert engkaran antara mereka hinggalah Pandak Endut bertindak menikam Mat Arshad dengan kerisnya.selepas kematian Mat Arshad maka orang kampung pun bergerak kekapal Birch .Sesampai mereka disana maka mereka pun melontar lembing ke arah kapal Birch.sebilah lembing yang dilontar itu adalah telah mengenai Birch yang sedang mandi.Birch pun terjatuh kedalam Sungai lalu mati.8

Melihat Birch telah di bunuh maka askar sepoi yang mengiringinya telah terjun kesungai menyelamatkan diri masing-masing.Leftenen Abbot pula yang sedang berburu setelah mengetahui kematian Birch telah menyelamatkan dirinya.beliau telahpergi kebandar baharu dan dari sana dengan menaiki kapal Pluto beliau telah pergi ke Pulau Pinang untuk memberitahu gabenor tentang apa yang telah berlaku.setelah itu Britis mula bertindak balas iaitu pada 7 november 1875 pasukan sepoi daripada bandar Baru telah bersatu dengan pasukan yang datang daripada Pulau Pinang yang di bawah pimpinan Kapten Innes.Pasukan baru ini telah diletakan dibawah pimpinan Frank Swettenham.Walau bagaimana pun pasukan ini ketika cuba mara ke Pasir Salak telah mendapat serangan mengejut daripada pasukan Maharaja lela di Bandar Tua .Akhirnya pasukan maharajalela berjaya membunuh Kapten Innes dan mengundurkan tentera Britis.Britis telah mendapat bantuan lagi iaitu pada 8 november 1875 Wiliam Jervois ,Kapten Dunlop,Kapten Whitla ,150 orang ask ar,kapal Fly dibawah pimpinan Kapten Sterling dan 80 orang askar,kapal Thistle dan kapal Moderate dari borneo telah datang ke Perak.9

Menjelang kegentingan peperangan pihak inggeris telah mendapat bantuan daripada Hong Kong ,India dan Borneo.Askar britis daripada Hong Kong akan di jadikan pasukan serangan selatan yang di ketuai oleh Major Jeneral Colborne. Pasukan ini akan memulakan serangan daripada hilir Perak.Pasukan daripada India pula akan menjadi pasukan penyerang utara.Pasukan ini adalah di bawah Bridier Jeneral Ross yang akan memulakan serangan daripada Larut .Seluruh pasukan. Ini telah berjaya memusnahkan kampung Pasir Salak Belanja dan beberapa kawasan penentang yang lain.Selepas kemenangan tersebut maka pasukan Britis telah menjalankan misi memburu para pejuang Perak10.Pada 13 januari 1876 gabenor Wiliam Jervois telah menawarkan hadiah sebanyak $6000 jika berjaya menangkap Datuk Maharaja Lela dan $3000 jika berjaya menangkap Pandak Endut dan Datuk Sagor11

Pertengahan bulan Januari 1876 Raja Ismail dan pengikutnya telah meminta perlindungan kepada Sultan Kedah iaitu sultan Zainul Rashid 11.Sultan Zainul telah menjadi serba salah lalu meminta nasihat LT.Anson di Pulau Pinang.Hasil nasihat LT Anson maka Raja Ismail dan pengikutnya telah di serahkan kepada Britis. Britis telah menyerahkan raja Ismail kepada Maharaja Johor.pada Mac 1876 Datuk Sagor telah berjaya di tangkap.Manakala Datuk Maharajalela 12,Pandak Endut,Ngah Jabor,Panjang Bur dan Ngah kulub ali telah menyerah diri selepas itu.setelah di bicarakankan Datuk Maharaja lela ,Pandak Endut dan Datuk Sagor telah dijatuhkan hukuman gantung pada 20 januari 1877.13

Hak cipta © : Abdul Minin